The text
8 Oktober 2024 8 October 2024
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT
GAZETTE
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34
FATWA UNDER SECTION 34
DISIARKAN OLEH/
JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
2
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34
Preamble
MENURUT subseksyen 34(1)
Akta
Pentadbiran
Undang-Undang
Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan
Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW
(FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993
FATWA UNDER SECTION 34
Preamble
PURSUANT to subsection 34(1)
of the
Administration of
Islamic
Law
(Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.
Schedule
JADUAL/SCHEDULE
FATWA BERKENAAN DENGAN AJARAN DAN FAHAMAN YANG DIBAWA
OLEH SUHAINI BIN MOHAMMAD
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Khas
Bil. 3/2023 yang bersidang pada 16 Ogos 2023 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Ajaran dan Fahaman yang dibawa oleh Suhaini bin Mohammad. Fatwanya adalah seperti yang berikut:
1.
Ajaran dan fahaman yang dibawa oleh Suhaini bin Mohammad adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang berlandaskan pegangan Ahli Sunnah
Wal Jamaah. Ciri-ciri penyelewengannya termasuklah—
3
(a)
menyelewengkan dua kalimah syahadah dengan—
(i)
mendakwa bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah tuhan; dan
(ii)
mendakwa bahawa Allah SWT adalah jawatan yang disandang oleh
Nabi Muhammad SAW;
(b)
mendakwa bahawa Nabi
Muhammad SAW tidak beranak dan tidak diperanakkan;
(c)
mendakwa bahawa semua makhluk adalah daripada Nur Muhammad yang menunjukkan bahawa tafsiran Nur Muhammad adalah satu juzuk daripada zat Allah SWT yang qadim;
(d)
mendakwa bahawa Nabi Muhammad SAW tiada jantina;
(e)
mendakwa bahawa Nabi Muhammad SAW tidak mempunyai kemaluan;
(f)
mendakwa bahawa Nabi Muhammad SAW tidak membuang air kecil;
(g)
mendakwa bahawa Nabi Muhammad SAW mendapat zuriat bukan melalui hubungan kelamin suami isteri;
(h)
mendakwa bahawa buah khuldi adalah buah zakar dan buah dada manusia;
(i)
mentafsirkan tabut adalah peti yang pernah diberikan Allah SWT kepada talut;
(j)
melakukan unsur-unsur penipuan dan penyalahgunaan tafsiran ayat al-Quran dalam Surah al-Baqarah ayat 248 untuk tujuan komersial berhubung dengan air Si Hulk, melalui laman Facebook Sohai
4
Ibnu Muhammad dan Facebook Si Hulk termasuklah kenyataan-kenyataan seperti yang berikut:
(i)
kotak Si Hulk ini adalah peti tabut yang pernah diberikan Allah SWT kepada talut sebagaimana maksud di dalam surah al-Baqarah ayat 248 yang telah diselewengkan maknanya;
(ii)
Si Hulk merupakan air hayat, iaitu air yang dicari oleh
Iskandar Zulkarnain tetapi diperoleh oleh Nabi Khidir AS menjadikan baginda mampu hidup sehingga hari kiamat.
Nabi Khidir kemudiannya membekalkannya kepada umat akhir zaman sebagai tanda ikatan menerusi jual beli dengan
Nabi Muhammad SAW melalui sanad yang tidak putus;
(iii)
Si Hulk mampu menyembuhkan pelbagai wabak penyakit zahir dan batin dan menghalang daripada sihir;
(iv)
minum air Si Hulk adalah minum air yang dibeli sendiri daripada
Nabi Muhammad SAW dan ramai ahli yang telah minum air tersebut dapat bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW; dan
(v)
botol Si Hulk digunakan untuk melaksanakan ritual menangkap jin ke dalam botol dengan cara berselawat ke atas
Nabi
Muhammad
SAW sambil membayangkan wajah
Suhaini bin Mohammad, wajah Sheikh Abdul Qadir al-Jailani dan wajah Nabi Muhammad SAW; dan
(k)
menjadikan hadis palsu sebagai dalil dalam perkara akidah.
2.
Mana-mana orang dilarang berpegang pada, mempercayai, menyebarkan atau mengamalkan ajaran dan fahaman yang dibawa oleh Suhaini bin Mohammad sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1. Mana-mana orang yang melakukan perkara sedemikian hendaklah bertaubat.
5 3.
Tiada seorang pun boleh memiliki, menyebarkan, mengedarkan, memuat naik, memuat turun, menggantungkan atau menerbitkan apa-apa poster, buku, majalah, risalah atau apa-apa bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa bentuk keluaran atau ulangannya, termasuklah filem, audio visual, rakaman laman sesawang, media cetak atau media elektronik yang mengandungi ciri-ciri ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1.
4.
Tiada seorang pun boleh bersubahat dalam melakukan mana-mana perkara yang dilarang dalam perenggan 2 dan 3.
Bertarikh 1 Oktober 2024
Dated 1 October 2024
[PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/JLD.17]
PROF. MADYA DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH
Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/
Mufti for the Federal Territories