Skip to content
In forceAs enacted

P.U. (B)

Fatwa di Bawah Seksyen 34

Feedback & support

The text

27 Ogos 2025 27 August 2025

P.U. (B) 319

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

FATWA UNDER SECTION 34

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

P.U. (B) 319 2

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM

(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

Preamble

MENURUT subseksyen 34(1)

Akta

Pentadbiran

Undang-Undang

Islam

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW

(FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993

FATWA UNDER SECTION 34

Preamble

PURSUANT to subsection 34(1)

of the

Administration of

Islamic

Law

(Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.

Schedule

JADUAL/SCHEDULE

FATWA BERKENAAN DENGAN FAHAMAN, AJARAN, PEGANGAN ATAU AMALAN YANG

DIBAWA OLEH PEMIMPIN, PENGIKUT ATAU PEKERJA GISB HOLDINGS SDN. BHD.

Mesyuarat

Jawatankuasa

Perundingan

Hukum

Syarak

Wilayah

Persekutuan

Kali Ke-147 yang bersidang pada 15 November 2024 telah membincangkan perkara berkenaan dengan fahaman, ajaran, pegangan atau amalan yang dibawa oleh pemimpin, pengikut atau pekerja GISB Holdings Sdn. Bhd.. Fatwanya adalah seperti yang berikut:

1.

Fahaman, ajaran, pegangan atau amalan yang dibawa oleh pemimpin, pengikut atau pekerja GISB Holdings Sdn. Bhd. dan rangkaian syarikat gabungannya adalah sesat

P.U. (B) 319 3

dan menyeleweng daripada ajaran

Islam yang berlandaskan pegangan

Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ciri-ciri penyelewengannya termasuklah—

(a)

mengamalkan

Aurad Muhammadiah atau zikir agung pimpinan

Haji Ashaari bin Muhammad yang telah difatwakan mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariah Islamiah serta mengelirukan masyarakat Islam sebagaimana dalam pemberitahuan

Fatwa di bawah Seksyen 41 [P.U. (B) 640/1988] yang disiarkan dalam

Warta pada 1 Disember 1988 dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebagaimana dalam pemberitahuan Fatwa di bawah Seksyen 34

[P.U. (B) 212/2007] yang disiarkan dalam Warta pada 31 Mei 2007;

(b)

mendakwa bahawa Syeikh Muhammad al-Suhaimi sebagai Imam Mahdi;

(c)

mendakwa bahawa Haji Ashaari bin Muhammad akan muncul bersama

Syeikh Muhammad al-Suhaimi sebagai pembantunya di akhir zaman;

(d)

mendakwa bahawa Haji Ashaari bin Muhammad boleh memberi syafaat kepada pengikutnya;

(e)

mendakwa bahawa air basuhan anggota badan pemimpin dan air rendaman seperti rambut dan janggut pemimpin mempunyai berkat; dan

(f)

mengeksploitasi ekonomi ma'ash (saraan atau keperluan hidup) dengan menerapkan unsur perhambaan golongan bawahan, kanak-kanak dan wanita.

2.

Mana-mana orang dilarang berpegang pada, mempercayai, menyebarkan atau mengamalkan fahaman, ajaran, pegangan atau amalan yang dibawa oleh pemimpin, pengikut atau pekerja GISB Holdings Sdn. Bhd. sebagaimana yang dinyatakan dalam butiran 1. Mana-mana orang yang melakukan perkara sedemikan hendaklah bertaubat.

3.

P.U. (B) 319 4

Tiada seorang pun boleh memiliki, menyebarkan, mengedarkan, memuat naik, memuat turun, menggantungkan atau menerbitkan apa-apa poster, buku, majalah, risalah atau apa-apa bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa bentuk keluaran atau ulangannya, termasuklah filem, audio visual, rakaman laman sesawang, media cetak atau media elektronik yang mengandungi ciri-ciri ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam butiran 1.

4.

Tiada seorang pun boleh bersubahat dalam melakukan mana-mana perkara yang dilarang dalam butiran 2 dan 3.

Bertarikh 16 Julai 2025

Dated 16 July 2025

[PMWP/100/20 Klt. 6; PN(PU2)530/JLD.18]

AHMAD FAUWAZ BIN ALI @ FADZIL

Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/

Mufti for the Federal Territories