Jadual
JADUAL/SCHEDULE
1.
Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan malah digalakkan dengan disiplin ilmu, iman dan ihsan.
Mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan dan menyeleweng adalah salah dan boleh diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.
2.
Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati
Rukun Iman dan Rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman sedemikian adalah salah di sisi Islam. Oleh itu sesiapa yang menganut mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng.
3.
Ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. Dari itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam dilayakkan ke syurga atau neraka adalah salah menurut Islam. Oleh itu, sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah dan menyeleweng.
187 9 Mei 2002]
WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
Bertarikh 16 April 2002.
Dated 16 April 2002.
[PU/PP 3200 Jld. 1.]
DATO’ HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD,
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang
KANUN TANAH NEGARA
(Akta 56 Tahun 1965)