Skip to content
State Subsidiary LegislationIn force

Fatwa di Bawah Seksyen 36

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Fatwa di Bawah Seksyen 36 is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 1151, currently marked in force.

Front matterCover and publication detailsOpen

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 [Enakmen

No. 3 tahun 1991] setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum

Syarak menurut subseksyen 39(6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:

JADUAL

1. Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah haram kerana menyeleweng dan bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah dan Syariah.

2. Dilarang mana-mana orang Islam di Negeri Pahang daripada berpegang dan mengamalkan sebarang ajaran dan doktrin Millah Abraham @ Ibrahim.

3. Mana-mana orang Islam dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual dan mengedar filem, rakaman audio, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan ajaran dan fahaman tersebut.

WARTA  KERAJAAN  NEGERI  PAHANG

[4hb Ogos 2016 820

Bertarikh pada 5 April 2016

[M.U.I.Phg. 100/101/43-37 Jld. 2]

DATO’ SRI DR. HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI OSMAN

Mufti Negeri Pahang

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.