Jadual
JADUAL/SCHEDULE
1.
Bahawa Ajaran dan Fahaman Perjalanan 21 Laduni Rahmatullah
(Ajaran Ismail bin Harun) adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara.
En. No. 7/1993.
En. No. 7/1993.
552
[5 Dis. 2002
WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
2.
Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Negeri Pulau Pinang berdasarkan beberapa percanggahan yang terdapat di dalam ajaran tersebut sama ada dari sudut Aqidah, Syariah dan lain-lain.
3.
Oleh itu mana-mana orang Islam yang mengajar, mengamal dan menyebar ajaran ini hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah s.w.t.
4.
Mana-mana orang Islam atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran dan fahaman-fahaman tersebut adalah dilarang sama sekali kerana ia bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah—
untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung di dalam Ajaran dan Fahaman Perjalanan 21 Laduni
Rahmatullah (Ajaran Ismail bin Harun);
untuk menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran ajaran-ajaran tersebut; atau
untuk menjadi anggota atau memimpin mana-mana golongan ajaran dan fahaman atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.
WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
553 5 Dis. 2002]
Bertarikh 6 November 2002.
Dated 6 November 2002.
[PU/PP 3200 Jld. 1.]
DATO’ HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD,
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang
KANUN TANAH NEGARA
(Akta 56 Tahun 1965)