Skip to content
State Subsidiary LegislationIn force

Fatwa di bawah seksyen 47

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Sections
3

Fatwa di bawah seksyen 47 is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 77, currently marked in force.

Front matterCover and publication detailsOpen

Fatwa di bawah seksyen 47

fatwa under section 47

Opening note

Preamble

  1. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 [Enakmen 4], Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, atas pekenan Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah menurut subseksyen 48(6) dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dengan ini menyiarkan fatwa seperti dinyatakan dalam Jadual menurut seksyen 48 Enakmen.

Opening note

Preamble

  1. In exercise of powers conferred by section 47 of the Administration of the Religion of Islam Enactment 2006 [Enactment 4], the Fatwa Committee of State of Perlis, on the assent of Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah pursuant to subsection 48(6) and the State Government has been informed of the fatwa hereby publishes the fatwa as set out in the Schedule pursuant to section 48 of the Enactment. jadual/schedule fatwa berkaitan hak hadhanah anak bagi ibu bapa berlainan agama Pasangan bukan Islam yang salah seorang daripada mereka memeluk Islam, maka hak hadhanah tidak dinilai berdasarkan kepada agama ibu atau bapa. Sebaliknya diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat menjamin kemaslahatan anak dari WARTA KERAJAAN NEGERI Perlis 326 [12hb Okt. 2017 sudut perkembangan moral, emosi dan tumbesarannya (syafaqah). Dalam masa yang sama, ibu atau bapa yang muslim bertanggungjawab memperkenalkan Islam kepada anak. Perinciannya adalah seperti berikut:

Anak Di Bawah Tempoh Susuan

(i)

Jika anak masih di bawah susuan badan ibu, maka hak hadhanah diserahkan kepada ibu.

(ii)

Jika anak bukan disusui oleh ibu, maka hak hadhanah diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat memberi syafaqah yang boleh dirujuk kepada latar belakang kedua-dua pihak dan pilihan anak.

Anak Melepasi Tempoh Susuan

(i)

Jika anak melepasi tempoh susuan tetapi belum mumaiyiz, maka hak hadhanah diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat memberikan syafaqah yang boleh dirujuk kepada latar belakang kedua-dua belah pihak.

(ii)

jika anak telah mumaiyiz maka dia berhak membuat pilihannya.

Melainkan jika dapat dibuktikan pemilihannya itu akan membawa mudharat kepada kehidupan dunianya.

Tanggungjawab Memperkenalkan Islam

Ibu atau bapa yang Muslim wajib dan berhak memperkenalkan Islam kepada anaknya sekalipun beliau tidak memperolehi hak hadhanah.

Maka ruang memperkenalkan Islam kepada anak hendaklah diberikan kepadanya.

Bertarikh 26 Julai 2017

Dated 26 July 2017

[MAIPs.100-4(21); PUN.Ps. 0013]

Dengan Titah Perintah/By Command prof. madya dato’ arif perkasa dr. mohd asri bin zainul abidin

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Perlis/

Chairman of the Fatwa Committee State of

Perlis

WARTA KERAJAAN NEGERI Perlis 327 12hb Okt. 2017]

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.