/akn/my-07/state_gazette/unknown/pggn14y2014/no-530

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 48

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
1

Quick answer

About this state subsidiary legislation

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 48 is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 530, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 [Enakmen 2], atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

FATWA MENGENAI HUKUM MENGGUNAKAN ASID

DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) UNTUK MENENTUKAN STATUS

NASAB ANAK

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2013 telah membincangkan tentang hukum menggunakan DNA untuk menentukan status nasab anak serta tempoh melaksanakan li’an untuk menafikan nasab anak.

Mesyuarat telah membuat keputusan berdasarkan hujahan seperti yang berikut:

(a)

setelah meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat mnegaskan bahawa Islam sangat menitikberatkan persolan nasab dan apabila telah ada dalil yang mengisbatkan nasab, maka penafiannya tidak boleh diterima melainkan dengan kaedah li’an kerana li’an telah sabit melalui al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijma’ dan merupakan suatu amalan ta’abudiah;

708

[3hb Julai 2014

WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

(b)

Mesyuarat juga menjelaskan bahawa Majma’ al-Fiqh al-Islami yang telah bersidang pada 21–26 Syawal 1422 bersamaan 5–10 Januari 2002 telah memutuskan bahawa untuk mengisbatkan nasab, penggunaan

DNA dibenarkan dan dilakukan atas perintah mahkamah hanya dalam kes pertelingkahan ketidaktahuan nasab anak atas pelbagai sebab, kekeliruan atau pertukaran anak di hospital atau pusat jagaan, kes bayi tabung uji serta dalam kes anak-anak yang hilang atas sebab bencana alam dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Majma’ al-Fiqh al-Islami menetapkan bahawa DNA tidak boleh digunakan untuk menafikan nasab anak apalagi digunakannnya mendahului kaedah li’an;

(c)

Mesyuaarat menegaskan bahawa para fuqaha’ telah bersepakat bahawa penafian nasab anak melalui kaedah li’an perlu dilakukan dengan kadar segera (

) dan jika penafian nasab tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, maka gugurlah hak penafian nasab tersebut;

(d)

Mesyurat turut menegaskan bahawa merujuk kepada Mazhab Shafie, terdapat dua pandangan iaitu qaul qadim dan qaul jadid, Qaul qadim

Imam Shafie menetapkan bahawa penafian hendaklah berlaku sejurus diketahui kelahiran bayi tersebut. Sekiranya penafian tidak dibuat, bermakna seseorang itu telah mengakui bahawa bayi tersebut adalah anaknya. Namun begitu, dalam qaul jadid penafian tidak semestinya secara terus. Ia memerlukan masa sebelum sesuatu keputusan diambil memandangkan ia merupakan satu perkara yang penting. Ia boleh ditangguhkan sehingga tiga hari dan penangguhan hanya boleh berlaku atas sebab keuzuran.

(e)

berdasarkan penegasan dan pandangan para ulama’ mengenai tempoh segera bagi melakukan li’an untuk menafikan nasab anak. Mesyuarat berpandangan bahawa seseorang yang hendak melakukan li’an bagi penafian nasab anaknya perlu mempunyai tempoh waktu yang munasabah sebelum membuat keputusan demi mengelakkan sebarang kemudaratan yang mungkin berlaku;

(f)

Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa tempoh segera bagi seseorang bapa yang hendak melakukan li’an bagi menafikan nasab anaknya adalah bermula daripada tarikh isterinya disahkan mengandung sehinggalah tiga (3) hari selepas bersalin. Penafian setelah tempoh munasabah tersebut adalah tertolak dan anak tersebut adalah sah dan sabit sebagai anaknya; dan

(g)

Mesyuarat juga bersetuju memutuskan supaya garis panduan untuk menjalankan ujian DNA oleh pihak berkuasa berkaitan hendaklah diperketatkan lebih-lebih lagi dalam isu untuk menafikan nasab kerana

DNA hanya sekadar qarinah atau sokongan semata-mata dan tidak boleh dijadikan bukti utama.

Dibuat 27 Februari 2014

[JMNPP/(S)/19/1101/001 Klt. 2; PUNPP 352/100/1/2/E-A/1 Jld. 2]

Dengan Titah Perintah

DATO’ SERI HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Pulau Pinang

WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

709 3hb Julai 2014]

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 48 (No. 530) | mylaw.my