/akn/my-07/state_gazette/unknown/pggn14y2014/no-531

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 48

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
1

Quick answer

About this state subsidiary legislation

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 48 is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 531, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 [Enakmen 2], atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

FATWA MENGENAI SOLAT JUMAAT DI SURAU PAYA KONGSI,

DAERAH BARAT DAYA

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2013 telah membincangkan tentang solat Jumaat yang dilaksanakan di Surau Paya Kongsi,

Daerah Barat Daya. Mesyuarat telah memutuskan untuk tidak membenarkan solat Jumaat dilaksanakan di surau tersebut kerana akan berlaku dua solat

Jumaat dalam satu qaryah. Mesyuarat telah membuat keputusan berdasarkan hujahan seperti yang berikut:

(a)

jika berbilang-bilang solat Jumaat pada satu tempat tanpa keperluan, maka sahlah solat Jumaat yang terdahulu atau yang pertama dilaksanakan.

Bagi menilai solat Jumaat manakah yang terdahulu didirikan ialah yang paling awal memulakannya dan bukannya yang paling awal selesai solatnya, kerana di antara syarat sah solat Jumaat ialah tidak boleh mendahului atau serentak takbiratul ihram antara satu solat Jumaat dengan solat Jumaat yang lain dalam satu tempat (pekan atau qaryah)

kerana ditegah berbilang-bilang solat Jumaat pada satu tempat kecuali ahli jemaahnya ramai dan sukar untuk berhimpun di satu tempat, dan

(b)

oleh itu, solat Jumaat yang sah adalah solat Jumaat yang terdahulu takbiratul ihram imamnya daripada takbiratul ihram imam solat Jumaat yang lain. Maka, solat Jumaat yang terkemudian itu adalah tidak sah.

Mereka hendaklah mendirikan solat Zohor.

(Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie’, Al-Ustaz al-Dktor Muhammad al-Zuhaily, Juzu’ Pertama, Halaman 506–507, Dar al-Qalam Dimasyq.

Cetakan ke-3, 2010M/1431M).

2.

Sekiranya berlaku dua solat Jumaat dalam satu qaryah secara serentak atau syak solat Jumaat secara serentak dan dahulu, maka kedua-dua solat Jumaat itu menjadi tidak sah dan wajib semua jemaah tersebut berhimpun pada satu tempat untuk meaksanakan semula solat Jumaat dengan membaca dua khutbah sebelum solat jika waktunya masih panjang tetapi jika waktunya sudah pendek maka wajib solat Zohor.

710

[3hb Julai 2014

WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

3.

Laporan daripada Pegawai Tadbir Agama Daerah Barat Daya menyatakan bahawa berdasarkan siasatan di lapangan, rekod jabatan dan rekod Arkib Negeri

Pulau Pinang, Masjid Kongsi telah wujud sejak tahun 1882. Asalnya ia sebuah surau kayu sejak 1821 dan telah ditukarkan kepada masjid oleh Penghulu Balik

Pulau iaitu Dato’ Haji Bahaudin pada tahun 1882. Manakala Surau Paya Kongsi dipercayai wujud sejak tahun 1900 dan berkemungkinan telah dilaksanakan solat Jumaat sejak tahun 1925 setelah berlaku perselisihan faham. Surau Paya

Kongsi juga tidak pernah diiktiraf sebagai masjid sebaliknya dikenali sebagai surau atau Madrasah Ansar As-Sunnah.

4.

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang perlu mengambil tindakan segera supaya tidak berlaku dua solat Jumaat di dalam satu qaryah dan bagi mengelakkan tidak sah solat Jumaat bagi kedua-dua tempat berkenaan.

Dibuat 27 Februari 2014

[JMNPP/(S)/19/1101/001 Klt. 2(

); PUNPP 352/100/1/2/E-A/1 Jld. 2]

Dengan Titah Perintah

DATO’ SERI HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Pulau Pinang

KANUN TANAH NEGARA

(Akta 56 tahun 1965)