Jadual
JADUAL
FATWA MENGENAI USAHA ORANG ISLAM
YANG MURTAD DAN CARA HIDUP YANG TIDAK ISLAM
1.
Orang Islam yang murtad adalah satu perbuatan jenayah.
2.
Murtad boleh disebabkan melalui tiga perkara, iaitu dengan:
perkataan;
keyakinan (Iktikad);
perbuatan
754
[13hb Ogos 2009
3.
Seseorang yang diertikan sebagai orang Islam, tetapi mengamalkan cara hidup bukan Islam seperti menyembah berhala atau telah melaksanakan “deed poll” (pengakuan menolak Islam) dihukum murtad dengan syarat seperti berikut—
berakal, tidak sah murtad orang gila;
baligh, menurut Imam Shafi’iy dan Al-Imam Abu Yusuf, tidak sah murtad kanak-kanak yang mumayyiz;
pilihan sendiri atau sukarela, tidak sah murtad orang yang dipaksa.
4.
Walau bagaimanapun, penentuan murtad hendaklah diputuskan oleh Mahkamah
Syariah melalui perintah bertaubat. Mahkamah Syariah perlu menetapkan tempoh kepada mereka yang murtad. Tempoh masa bertaubat adalah seperti berikut—
Mazhab Syafie menyatakan dua pendapat, iaitu bertaubat—
dalam tempoh tiga hari selepas murtad; dan
dengan kadar segera;
pendapat Saidina Ali r.a. menetapkan tempoh sebulan selepas murtad;
tiga kali amaran supaya bertaubat dalam satu keadaan/majlis;
tiga kali amaran supaya bertaubat pada tiga kali jumaat (setiap jumaat sekali);
disuruh bertaubat sepanjang masa dan dipenjarakan sehingga dia bertaubat atau mati.
5.
Mana-mana orang Islam yang murtad yang telah diperintahkan oleh Mahkamah
Syariah untuk bertaubat namun gagal untuk bertaubat dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, Mahkamah Syariah hendaklah menjatuhkan hukuman berdasarkan hukuman Syarak.
6.
Seseorang yang telah diertikan sebagai orang Islam, tetapi tidak melaksanakan tuntutan agama islam seperti solat fardhu dan tuntutan lain, orang itu dihukum masih sebagai orang Islam, tetapi dia telah melakukan dosa.
7.
Haram bagi orang Islam untuk mewakili orang Islam yang ingin murtad.
8.
Orang Islam yang membantu orang Islam yang lain untuk murtad adalah dihukum murtad.
Bertarikh 21 Julai 2009
[JMNPP(S)/19/1101/002; PUNPP 152.100.1/2/2(1)]
DATUK HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri
Pulau Pinang
755 13hb Ogos 2009]
756
[13hb Ogos 2009
757 13hb Ogos 2009]
KANUN TANAH NEGARA
(Akta 56 tahun 1965)
NATIONAL LAND CODE
(Act 56 of 1965)