/akn/my-07/state_gazette/unknown/pggn15y2016/no-546

Fatwa di bawah seksyen 48

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
22

Quick answer

About this state subsidiary legislation

Fatwa di bawah seksyen 48 is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 546, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 [Enakmen 2], atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual. Pembatalan

Seksyen 2

Fatwa Mengenai “Ajaran Tok Mat Janggut” yang disiarkan dalam

Open as pageSuggest a correction

Pemberitahuan warta No. 157. bertarikh 8 Jun 2000 dibatalkan menurut kuasa subseksyen 50(1) Enakmen 2.

jadual ajaran tok mat janggut

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2015 telah membincangkan tentang hukum mengenai Ajaran Tok Mat Janggut menurut pandangan syarak dan memutuskan seperti yang berikut:

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

Muhamad bin Othman (Tok Mat Janggut) telah menyeleweng daripada pendekatan biasa yang digunakan oleh ulama dalam pengajian akidah

Islam bagi mengenal Allah S.W.T. iaitu dengan mengkehendaki semua orang mesti mengenal Allah S.W.T. melalui kaedah yang dibawa olehnya. Dia menghendaki setiap orang perlu mengenal hakikat Allah

S.W.T. sebagaimana yang terkandung dalam ungkapan “wa ma rabbu al-‘Alamin”

dan menolak kaedah mengenal Allah S.W.T.

menerusi Pengajian Sifat 20.

18 Februari 2015

[JMNPP/(S)/19/1101/001 Klt. 2(35); PUNPP 352/100/1/2/EA/1 jld. 3]

478

[21hb Julai 2016

Seksyen 2

Suggest a correction

Dia telah mewajibkan setiap orang agar mempelajari ilmu ketuhanan menurut pendekatan beliau, sedangkan mengikut ulama Ahlu Sunnah Wal Jama’ah seperti Imam al-Ghazali, orang awam hanya dikehendaki mempercayai kewujudan Allah S.W.T. berdasarkan dalil-dalil yang mudah difahami sahaja dan mereka hanya patut menumpukan perhatian kepada aspek alam ibadat tanpa dibebankan dengan kewajipan memahami pendalilan akal yang rumit dan sukar difahami.

Seksyen 3

Dia menyatakan Allah S.W.T. dengan menggunakan ungkapan “ma”

Open as pageSuggest a correction

sebagai ganti nama kepada Allah S.W.T. berpandukan ayat 23, surah al-Syu’ara’: iaitu Allah S.W.T. disifatkan sebagai “apa”, sedangkan dia seorang yang jahil tentang agama dan tidak memahami bahasa Arab.

Seksyen 4

Dia menggunakan ungkapan “ma rabbuka” pada persoalan

Open as pageSuggest a correction

Malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur dan bukannya “man rabbuka”

sedangkan hadis-hadis berkaitan soalan kubur adalah menggunakan ungkapan “man rabbuka”

Ungkapan “ma rabbuka” di dalam ayat 23, Surah al-Syu’ara adalah merupakan ungkapan ayat yang digunakan oleh Firaun terhadap Nabi Musa a.s. yang dinukilkan dalam al-Quran.

Seksyen 5

Ungkapan “ma rabbuka”

Open as pageSuggest a correction

sebenarnya tiada dalam lafaz hadis yang sahih kerana ungkapan yang betul ialah “man rabbuka”

dan di antara Hadis Nabi S.A.W. yang dimaksudkan ialah;

479 21hb Julai 2016]

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Dia menggunakan ungkapan “tubuh Allah” di dalam pengajarannya. kenyataan ini adalah tidak layak bagi Allah S.W.T., sekalipun beliau menafikan

Tuhan adalah sama dengan makhlukNya. Ini kerana Allah S.W.T. tidak berjisim. Perkara ini telah dijelaskan dalam kitab al-Luma’, karangan

Abu Hassan Al-Asya’ari (terjemahan):

“Masalah: sekiranya seseorang berkata atau bertanya, “Kenapakah kamu mengingkari (tidak menerima) bahawa Allah S.W.T. itu adalah jisim?”

Dikatakan (dijawab) baginya, “Kami mengingkarinya kerana orang yang berpendapat bahawa Allah S.W.T. berjisim (pastinya menisbahkan

Allah S.W.T.) dengan panjang, lebar dan luas (ini sifat-sifat bagi jisim).

Sedangkan (penisbahan Allah S.W.T.) dengan panjang, lebar; luas dan dalam adalah tidak harus (haram kerana menyerupai makhluk). Demikian juga berhimpun dan (bercerai) yang biasanya disebut sebagai ciri-ciri jisim tidak harus (dinisbahkan kepada Allah S.W.T.), dan jika dia kehendaki

(dengan soalannya tadi), kenapakah tidak kamu namakan dia (Allah

S.W.T.) itu sebagai jisim walaupun tidaklah ia (Allah S.W.T.) itu panjang, lebar dan berhimpun? Maka (jawabnya) nama-nama itu tidaklah boleh

(disandarkan) kepada kita. Dan tidaklah harus kita namakan Allah S.W.T.

itu dengan satu nama yang Allah S.W.T. sendiripun tidak menamakan zatNya dengan nama tersebut, dan tidak juga Rasulnya menamakan sebegitu, dan tidak juga umat Islam ijma’ atasnya dan tidak juga atas pengertiannya…”

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Dia menyatakan zat Allah S.W.T. menyelinap masuk atau sebati atau meliputi dengan segala zat yang baharu (kena jadi) berdalilkan dari surah Al-Nisa’

ayat 126:

Maksudnya: Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi dan Allah sentiasa meliputi

(pengetahuannya dan kekuasaannya) akan tiap-tiap sesuatu.

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Menolak penggunaan kaedah hitungan Ilmu Falak dalam menentukan waktu solat dan puasa sebaliknya menggunakan kaedah melihat (rukyah) semata-mata.

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Ajaran ini mengandungi penyelewengan dari sudut Aqidah dan Syariah serta perlu dihalang kerana ia membawa kekeliruan kepada masyarakat, berdasarkan kaedah sadd al-zara‘i. Pendekatan yang dibawa juga bercanggah dengan pendekatan ulama yang menyatakan bahawa kaedah untuk mengenal Allah S.W.T. mestilah mengikut tahap kemampuan akal manusia. Oleh yang demikian, mana-mana orang Islam yang telah mempelajari dan mengamalkan ajaran Muhamad bin Othman (Tok Mat

Janggut) di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkannya dan segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah S.W.T.

Dibuat 10 Disember 2015

Dengan Titah Perintah dato’ dr. wan salim bin wan mohd. noor

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Pulau Pinang

480

[21hb Julai 2016

Fatwa under section 48

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. In exercise of the powers conferred by section 48 of the Administration of the religion of Islam (State of Penang) Enactment 2004 [Enactment 2], on the assent of the Yang di-Pertuan Agong, the Fatwa committee for the State of Penang, makes the fatwa as set out in the Schedule. Revocation

Seksyen 2

The Fatwa on “Ajaran Tok Mat Janggut” published in Gazette Notification

Suggest a correction

No. 157. dated 8 June 2000 is revoked pursuant to the powers of subsection 50(1) of Enactment 2.

schedule ajaran tok mat janggut

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2015 telah membincangkan tentang hukum mengenai Ajaran Tok Mat Janggut menurut pandangan syarak dan memutuskan seperti yang berikut:

Seksyen 1

Suggest a correction

Muhamad bin Othman (Tok Mat Janggut) telah menyeleweng daripada pendekatan biasa yang digunakan oleh ulama dalam pengajian akidah

Islam bagi mengenal Allah S.W.T. iaitu dengan mengkehendaki semua orang mesti mengenal Allah S.W.T. melalui kaedah yang dibawa olehnya. Dia menghendaki setiap orang perlu mengenal hakikat Allah

S.W.T. sebagaimana yang terkandung dalam ungkapan “wa ma rabbu al-‘Alamin”

dan menolak kaedah mengenal Allah S.W.T.

menerusi Pengajian Sifat 20.

Seksyen 2

Suggest a correction

Dia telah mewajibkan setiap orang agar mempelajari ilmu ketuhanan menurut pendekatan beliau, sedangkan mengikut ulama Ahlu Sunnah Wal Jama’ah seperti Imam al-Ghazali, orang awam hanya dikehendaki mempercayai kewujudan Allah S.W.T. berdasarkan dalil-dalil yang mudah difahami sahaja dan mereka hanya patut menumpukan perhatian kepada aspek alam ibadat tanpa dibebankan dengan kewajipan memahami pendalilan akal yang rumit dan sukar difahami.

Seksyen 3

Dia menyatakan Allah S.W.T. dengan menggunakan ungkapan “ma”

Suggest a correction

sebagai ganti nama kepada Allah S.W.T. berpandukan ayat 23, surah al-Syu’ara’: iaitu Allah S.W.T. disifatkan sebagai “apa”, sedangkan dia seorang yang jahil tentang agama dan tidak memahami bahasa Arab.

Seksyen 4

Dia menggunakan ungkapan “ma rabbuka”

Suggest a correction

pada persoalan

Malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur dan bukannya “man rabbuka”

sedangkan hadis-hadis berkaitan soalan kubur adalah menggunakan ungkapan “man rabbuka” . Ungkapan “ma rabbuka” di dalam ayat 23, Surah al-Syu’ara adalah merupakan ungkapan ayat yang digunakan oleh Firaun terhadap Nabi Musa a.s.

yang dinukilkan dalam al-Quran.

481 21hb Julai 2016]

Seksyen 5

Suggest a correction

Ungkapan “ma rabbuka” sebenarnya tiada dalam lafaz hadis yang sahih kerana ungkapan yang betul ialah “man rabbuka”

dan di antara Hadis Nabi S.A.W. yang dimaksudkan ialah;

Seksyen 6

Suggest a correction

Dia menggunakan ungkapan “tubuh Allah” di dalam pengajarannya.

kenyataan ini adalah tidak layak bagi Allah S.W.T., sekalipun beliau menafikan Tuhan adalah sama dengan makhlukNya. Ini kerana Allah

S.W.T. tidak berjisim. Perkara ini telah dijelaskan dalam kitab al-Luma’, karangan Abu Hassan Al-Asya’ari (terjemahan):

“Masalah: sekiranya seseorang berkata atau bertanya, “Kenapakah kamu mengingkari (tidak menerima) bahawa Allah S.W.T. itu adalah jisim?”

Dikatakan (dijawab) baginya, “Kami mengingkarinya kerana orang yang berpendapat bahawa Allah S.W.T. berjisim (pastinya menisbahkan

Allah S.W.T.) dengan panjang, lebar dan luas (ini sifat-sifat bagi jisim).

Sedangkan (penisbahan Allah S.W.T.) dengan panjang, lebar; luas dan dalam adalah tidak harus (haram kerana menyerupai makhluk). Demikian juga berhimpun dan (bercerai) yang biasanya di sebut sebagai ciri-ciri jisim tidak harus (dinisbahkan kepada Allah S.W.T.), dan jika dia kehendaki (dengan soalannya tadi), kenapakah tidak kamu namakan dia

(Allah S.W.T.) itu sebagai jisim walaupun tidaklah ia (Allah S.W.T.) itu panjang, lebar dan berhimpun? Maka (jawabnya) nama-nama itu tidaklah boleh (disandarkan) kepada kita. Dan tidaklah harus kita namakan

Allah S.W.T. itu dengan satu nama yang Allah S.W.T. sendiripun tidak menamakan zayNya dengan nama tersebut, dan tidak juga Rasulnya menamakan sebegitu, dan tidak juga umat Islam ijma’ atasnya dan tidak juga atas pengertiannya…”

482

[21hb Julai 2016

Seksyen 7

Suggest a correction

Dia menyatakan zat Allah S.W.T. menyelinap masuk atau sebati atau meliputi dengan segala zat yang baharu (kena jadi) berdalilkan dari surah Al-Nisa’ ayat 126:

Maksudnya: Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi dan Allah sentiasa meliputi

(pengetahuannya dan kekuasaannya) akan tiap-tiap sesuatu.

Seksyen 8

Suggest a correction

Dia memperlekehkan ulama Usuluddin dan kitab-kitab mereka yang muktabar.

Seksyen 9

Suggest a correction

Menolak penggunaan kaedah hitungan Ilmu Falak dalam menentukan waktu solat dan puasa sebaliknya menggunakan kaedah melihat (rukyah)

semata-mata.

Seksyen 10

Suggest a correction

Ajaran ini mengandungi penyelewengan dari sudut Aqidah dan Syariah serta perlu dihalang kerana ia membawa kekeliruan kepada masyarakat, berdasarkan kaedah sadd al-zara‘i. Pendekatan yang dibawa juga bercanggah dengan pendekatan ulama yang menyatakan bahawa kaedah untuk mengenal Allah S.W.T. mestilah mengikut tahap kemampuan akal manusia. Oleh yang demikian, mana-mana orang Islam yang telah mempelajari dan mengamalkan ajaran Muhamad bin Othman (Tok Mat

Janggut) di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkannya dan segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah S.W.T.

Made 10 December 2015

By Command dato’ dr. wan salim bin wan mohd. noor

Chairman of the Fatwa Committee

State of Penang

483 21hb Julai 2016]

484

[21hb Julai 2016

485 21hb Julai 2016]

10 Disember 2015

486

[21hb Julai 2016