Skip to content
State Subsidiary LegislationIn force

Fatwa di Bawah Seksyen 48

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Fatwa di Bawah Seksyen 48 is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 666, currently marked in force.

Front matterCover and publication detailsOpen

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 48

Opening note

Preamble

  1. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 48(3) dan (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, Mufti Negeri Pulau Pinang atas perkenan Yang di-Pertuan Agong membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

JADUAL

FATWA MENGENAI KEDUDUKAN SENAMAN YOGA

BAGI UMAT ISLAM

1.

Bahawa senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak sebelum masihi lagi. Senaman yoga yang menggabungkan amalan fizikal serta unsur-unsur keagamaan dan pemujaan adalah haram untuk diamalkan dan boleh merosakkan akidah. Oleh yang demikian, apa jua jenis atau bentuk senaman yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.

2.

Pengharaman ini berdasarkan:

(i)

Hadis Rasulullah s.a.w:

Daripada Abu Muhammad Al-Hassan bin Ahli bin Abi Thalib, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tinggalkan apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan”.

(at-Tarmizi).

BE

S

R

A

T

U

D

AN S

ETI

A

910

[8hb Okt. 2009

WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

(ii)

Hadis Rasulullah s.a.w. riwayat Abu Daud:

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari golongan mereka”.

(iii)

Kaedah Fiqh:

“Apa yang membawa kepada haram maka hukumnya adalah haram”.

Bertarikh 5 Ogos 2009

[JMN/PP/7/002 Jld. 2; PUNPP 152.100.1/2/2(1)]

DATUK HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD

Mufti Kerajaan Negeri

Pulau Pinang

WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

911 8hb Okt. 2009]

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.