Skip to content
State Subsidiary LegislationIn force

Fatwa di Bawah Seksyen 48

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Fatwa di Bawah Seksyen 48 is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 667, currently marked in force.

Front matterCover and publication detailsOpen

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 48

Opening note

Preamble

  1. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 48(3) dan (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004. Mufti Negeri Pulau Pinang atas perkenan Yang di-Pertuan Agong membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

JADUAL

FATWA MENGENAI HUKUM WANITA

MENYERUPAI LELAKI DAN SEBALIKNYA

1.

Bahawa pengkid iaitu wanita yang mempunyai penampilan dan gerak laku serta memiliki kecenderungan naluri seksual seperti lelaki. Pemakaian budaya pengkid adalah haram di sisi Islam. Pengharaman ini juga meliputi orang lelaki

912

[8hb Okt. 2009

WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG yang mempunyai penampilan dan gerak laku menyerupai orang perempuan.

Oleh yang demikian, ibu bapa serta masyarakat Islam digesa supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.

2.

Pengharaman ini adalah berdasarkan:

(i)

Hadis:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata: “Rasulullah s.a.w. melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita”. (Sahih Bukhari)

(ii)

Hadis:

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: “Rasulullah s.a.w. telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki”. (Sunan Abu Daud)

Bertarikh 5 Ogos 2009

[JMN/PP/7/002 Jld. 2; PUNPP 152.100.1/2/2(1)]

DATUK HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD

Mufti Kerajaan Negeri

Pulau Pinang

WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

913 8hb Okt. 2009]

914

[8hb Okt. 2009

WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

KANUN TANAH NEGARA

(Akta 56 tahun 1965)

NATIONAL LAND CODE

(Act 56 of 1965)

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.