(1)
Setelah meneliti laporan penyelidikan yang telah diperakukan oleh Panel
Pakar Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kertas kerja yang disediakan oleh Sahibus Samahah Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan serta meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat mendapati bahawa:
(a)
ISIS atau Islamic State of Iraq and Levant (ISIL) merupakan rentetan dari gerakan Salafi Jihadi di Iraq yang pada asalnya terdiri dari tiga organisasi jihad yang berbeza: iaitu Ansar al-Islam yang terdiri dari kelompok Salafi Jihadi warga Iraq yang membentuk kawasan
‘pemerintahan Islam’ mereka yang tersendiri dan mengamalkan kehidupan Islami ortodoks dan radikal, keduanya, kumpulan
Mujahidin berasal dari Jordan di bumi Iraq yang mengisytiharkan diri mereka sebagai ‘Jamaah al-Tawhid wa al-Jihad’ di bawah pimpinan Abu Mus’ab al-Zarqawi yang berhijrah ke Iraq untuk melancarkan jihad memerangi pendudukan tentera Amerika Syarikat ke atas bumi Iraq dan juga kumpulan mujahidin al-Qaeda yang berhijrah dari Afghanistan, akibat serangan Amerika Syarikat ke atas bumi Afghanistan selepas peristiwa 11 September; dan 625 13hb Okt. 2016]
(b)
Kebanyakan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan
ISIS atau ISIL ini kerana ideologi keganasan dan sikap mereka yang mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka dan menghalalkan darah mereka. Mereka membunuh rakyat tidak berdosa dan menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan penuh kezaliman. Para Ulama Ahli Sunnah di seluruh dunia melabelkan ISIS atau ISIL ini sebagai Khawarij di zaman moden dan Jumhur Ulama Ahli Sunnah bersepakat mengenai kesesatan dan juga penyelewengan golongan ini dan memperingatkan umat
Islam agar tidak terpedaya dengan segala propaganda ISIS atau
ISIL ini.