(i)
Mesyuarat memutuskan bahawa tanah bagi Lot 244, Mukim 10, Permatang
Sungai Dua, daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang adalah tanah wakaf menurut hukum syarak.
(iii)
hujahannya adalah seperti berikut.
630
[13hb Okt. 2016
Maksudnya:
Daripada Ibnu Umar r.a katanya: Umar telah mendapat sebidang tanah di
Khaibar, kemudian dia datang kepada Nabi s.a.w. untuk meminta pendapat berkenaan cara menguruskannya, katanya: Wahai Rasulullah! Saya telah mendapat sebidang tanah di Khaibar yang saya belum pernah memperolehi harta yang lebih baik daripada itu. Baginda bersabda: Jika kamu suka, tahanlah (wakaf)
tanah itu dan kamu sedekahkan manfaatnya. Lalu Umar mengeluarkan sedekah hasil tanah itu, tanah itu tidak boleh dijual, dibeli, diwarisi dan dihadiahkan.
Umar mengeluarkan sedekah hasilnya kepada fakir miskin, kaum kerabat, untuk memerdekakan hamba, untuk orang yang berjihad di jalan Allah, untuk bekalan orang yang sedang dalam perjalanan dan untuk tetamu. Orang yang mengurusnya boleh memakan (mengambil) sebahagian hasilnya dengan cara yang baik dan boleh memberi makan kepada temannya dengan sekadarnya.
(muttafaq a’laih dan lafaz menurut riwayat Muslim)
Dan tidak batal wakaf setiap keadaan malah akan berterusan selama-lamanya
(iv)
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang perlu mempertahankan status tanah tersebut sebagai wakaf.
Dibuat 6 Mei 2016
[JMNPP/(S)/19/1101/001 Klt. 3; PUNPP 352/100/1/2/EA/1 jld. 3]
Dengan Titah Perintah dato’ dr. wan salim bin wan mohd. noor
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Pulau Pinang
Fatwa under section 48