/akn/my-09/state_gazette/unknown/psgn21y2017kjw000861/no-78

Fatwa di bawah seksyen 48

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force

Quick answer

About this state subsidiary legislation

Fatwa di bawah seksyen 48 is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 78, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 [Enakmen 4], Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, atas pekenan Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah menurut subseksyen 48(6) dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dengan ini menyiarkan fatwa seperti dinyatakan dalam Jadual menurut seksyen 48 Enakmen.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. In exercise of powers conferred by section 47 of the Administration of the Religion of Islam Enactment 2006 [Enactment 4], the Fatwa Committee of State of Perlis, on the assent of Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah pursuant to subsection 48(6) and the State Government has been informed of the fatwa hereby publishes the fatwa as set out in the Schedule pursuant to section 48 of the Enactment. jadual/schedule fatwa berkaitan ahbash Islam adalah agama yang menyeru perdamaian dan islah antara manusia dan mengamalkan agama tanpa bersifat melampau. Islam melarang dari bersikap mudah mengkafir dan menyesatkan sesama muslim di atas sangkaan. Demikian Islam juga melarang mengubah tujuan perkataan atau tulisan pihak lain di atas perkara yang tidak mereka maksudkan. Setelah bermesyuarat, maka Jawatankuasa fatwa Negeri Perlis merumuskan seperti yang berikut: Ahbash adalah aliran yang diasaskan oleh Abdullah al-Harari al-Habashi yang mendakwa mereka beraliran Asya’irah, tetapi aliran Ahbash ini adalah sesat dan melampau (ghulu) dalam menghukum pihak lain. Asas kesesatan mereka bukan kerana aliran Asya’irah yang dipegang, tetapi kerana sifat melampau (ghulu) dalam mengkafir dan menyesatkan pihak yang berbeza. Mereka juga mengamalkan pendekatan mengutuk, mencerca dan memalsukan kalam pihak yang berbeza dengan mereka. Mereka telah mengkafirkan tokoh-tokoh ulama silam seperti Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, al-Zahabi dan ulama semasa seperti al-Qaradhawi, al-buthi, Ibn Baz, Ibn ‘Uthaimin, al-Albani, Mutawali al-Sya’rawi, Sayyid Qutb dan selainnya. Bertarikh 26 Julai 2017 Dated 26 July 2017 [MAIPs.100-4(17); PUN.Ps. 0013] Dengan Titah Perintah/By Command prof. madya dato’ arif perkasa dr. mohd asri bin zainul abidin Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Perlis/ Chairman of the Fatwa Committee State of Perlis WARTA KERAJAAN NEGERI Perlis 328 [12hb Okt.2017