Jadual Tuhan untuk memberi kemenangan kepada mereka;
(iii) Haji Ashaari bin Muhammad mendapat ilmu secara langsung daripada Syeikh Muhammad al-Suhaimi dan Rasulullah s.a.w. berkenaan perkara yang akan berlaku pada masa hadapan;
(iv) Mujaddid dan Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin
Muhammad) mendapat ilmu terus dari Allah (ilham, ilmu laduni atau kasyaf) yang meliputi soal agama, dunia, hal ehwal semasa, pemerintahan, bina insan dan lain-lain. Ilham dari Tuhan datang kepadanya seperti air sungai yang mengalir;
(v) Ahli jemaah yang banyak menghayati minda Abuya
(Haji Ashaari bin Muhammad) dan dapat pula melaksanakannya adalah orang yang paling kuat hubungan mental dengan Abuya;
(vi) Minda Abuya itu sebenarnya adalah wahyu dari Tuhan.
Bagaimanapun wahyu yang diturunkan kepada Abuya adalah 1/46 daripada kenabian;
(vii) Allah hendak mengangkat kembali Islam di akhir zaman dengan menghantar Sahibul Zaman (Haji
Ashaari bin Muhammad), Imam Mahdi (Syeikh
Muhammad al-Suhaimi) dan Nabi Isa a.s. yang telah tersedia oleh Allah untuk melaksanakan Jadual Tuhan;
(viii) Minda Abuya difahami sebagai intisari Al-Quran dan
Hadis dan Abuya adalah orang Tuhan yang berupaya menyampaikan intisari tersebut kepada pengikutnya untuk diamalkan. Dengan itu, tidak perlu lagi rujuk kepada Al-Quran dan Hadis kerana minda sudah lengkap;
62
[1hb Mac 2007
(ix) Perjuangan ahli jemaah SRC dibantu dan dilindungi oleh para Rijal Ghaib yang terdiri daripada malaikat, jin Islam dan roh-roh muqaddas (roh suci para ahli jemaah yang telah meninggal dunia);
(x) Bertawassul kepada Abuya ketika menghadapi sesuatu kesulitan atau kecemasan, Abuya akan menghantar bantuan sama ada menggunakan jin
Islam atau dengan karamahnya;
(xi) Abuya adalah manusia yang hebat. Malahan, lebih hebat daripada kita mempunyai10 orang ibu dan ayah kerana menurut mereka hubungan dengan ibu bapa hanya terbatas di dunia, sedangkan hubungan dengan
Abuya kekal sehingga ke akhirat;
(xii) Allah akan memberitahu Abuya tentang musibah sakit yang dialami oleh ahli jemaah SRC. Sekiranya sakit tersebut tidak tertanggung oleh ahli jemaah,
Abuya boleh meminta agar Allah meringankan derita pada kadar yang mampu ditanggung oleh ahli jemaah;
(xiii) Abuya mempunyai kelebihan untuk menangguhkan ajal sekiranya ahli jemaah yang sampai ajal itu masih banyak dosa;
(xiv) Abuya boleh meminta Allah menggantikan ajal kepada ahli jemaah lain yang telah sempurna iman dan taqwa;
(xv) Sewaktu ahli jemaah sedang nazak, Abuya akan hadir dan berada di sebelah kanan kepala ahli jemaah tersebut dengan mengajarkan talkin. Dengan itu, syaitan tidak akan menyesatkan ahli jemaah berkenaan;
(xvi) Sewaktu ahli jemaah sedang disoal oleh malaikat di alam kubur, Abuya akan datang menemani dan menjawab soalan bagi pihak ahli jemaah. Dengan itu, ahli jemaah berkenaan akan terlepas seksaan kubur;
dan
(xvii) Sewaktu di padang mahsyar, Abuya akan menunggu untuk memberi syafaat kepada para pengikutnya.
(b) Kesalahan yang bercanggah dengan syariah Islamiyyah adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa:
63 1hb Mac 2007]
(i) Ibadat sembahyang Jumaat pada mereka adalah tidak wajib kerana kerajaan yang ada sekarang bukan kerajaan Imam Mahdi. Apabila Imam Mahdi muncul dan membentuk kerajaan barulah ibadat sembahyang
Jumaat menjadi wajib;
(ii) Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) tidak memerlukan kitab dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ilmunya datang terus dari Allah dalam bentuk ilham;
(iii) Orang yang berjuang dengan mempunyai minda
Abuya adalah lebih tinggi pahala dan darjatnya jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai minda Abuya dalam perjuangannya;
(iv) Seorang ahli ibadah (‘Abid) hanya mampu menjadi hamba biasa kerana tidak mempunyai minda setaraf dengan wahyu dan tidak boleh menjadi khalifah;
(v) Al-Quran yang ada sekarang hanya tinggal mashaf dan lafaz sahaja. Roh Al-Quran telah ditarik balik oleh Tuhan dan hanya diberikan kepada Mujaddid
(Haji Ashaari bin Muhammad);
(vi) Sembahyang sehari semalaman hanya tiga waktu sahaja iaitu Subuh, sembahyang jamak Zohor dan
Asar serta jamak Maghrib dan Isya’;
(vii) Segala amalan baik di dunia tidak dapat menandingi amalan pengikut Abuya walaupun seseorang itu bersembahyang, berpuasa dan berpuluh kali menunaikan ibadat haji;
(viii) Duduk semajlis dengan Abuya pahalanya lebih tinggi daripada mengerjakan sembahyang selama 40 tahun atau sembahyang Tahajud sepanjang hayat;
(ix) Beramal dengan Aurad Muhammadiah sebagai satu cara untuk menjaga hubungan hati atau rohani dengan Abuya. Dengan mengamalkan Aurad
Muhammadiah, ahli jemaah akan sentiasa dipantau dan dibimbing secara rohaniah oleh Abuya;
(x) Amalan Aurad Muhammadiah akan terbatal sekiranya ahli jemaah mengamalkan dosa besar, tidak mengamalkan tujuh hari berturut-turut, tidak taat dan yakin serta mengaibkan Abuya; dan 64
[1hb Mac 2007
(xi) Mengamalkan zikir agung yang ter-kandung di dalamnya unsur tawassul, menyeru roh orang yang telah mati serta mendakwa bahawa al-Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Suhaimi sebagai Imam Mahdi.
(c) Kesalahan yang bercanggah dengan akhlak dan etika bermasyarakat adalah berdasarkan kepercayaan bahawa:
(i) Ulama yang ada sekarang adalah ulama kitab atau ulama hafalan yang bergantung kepada kitab dan hafalan untuk mengajar. Manakala Sahibul Zaman pula, ilmunya datang terus dari Tuhan;
(ii) Orang yang menuntut ilmu agama sehingga ke peringkat Ph. D adalah tidak bermanfaat kerana ilmu yang dituntut itu bersumberkan kitab lama dan ketinggalan zaman;
(iii) Ilmu para ulama sekarang dengan mendakwa ilmu mereka tidak setanding dengan ilmu orang Tuhan;
dan
(iv) Allah melarang ulama yang berwatak Nabi berjuang melainkan setelah munculnya Mujaddid yang ber-watak Rasul.
2.
Berdasarkan kepada penyelewengan tersebut, Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia dan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah bersetuju memutuskan bahawa ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh ahli jemaah SRC dan rangkaian syarikat gabungannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.
3.
Oleh yang demikian, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dan Mesyuarat
Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang mengambil keputusan bahawa:
(i) Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jemaah atau pengikut SRC dan rangkaian syarikat gabungannya adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam;
(ii) Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jemaah
65 1hb Mac 2007]
atau pengikut SRC dan rangkaian syarikat gabungannya dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, perubatan, pembinaan, pertanian, perladangan, telekomunikasi atau apa-apa aktiviti lain yang berhubungkait dengan SRC dan apa-apa ajaran yang mempunyai unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman kumpulan al-Arqam, adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam;
(iii) Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman kumpulan al-Arqam sama ada melalui SRC dan rangkaian syarikat gabungannya atau mana-mana pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman kumpulan al-Arqam adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam;
(iv) Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang disebut di dalam subperenggan 3(i),
(ii) dan (iii) adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bertentangan dengan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah;
(v) Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan dan fahaman kumpulan al-Arqam dan ajaran, pegangan dan fahaman ahli jemaah SRC atau apa-apa ajaran, pegangan dan fahaman kumpulan baru yang mempunyai persamaan dengan unsur ajaran, pegangan dan fahaman kumpulan al-Arqam dan ahli jemaah SRC adalah bertentangan dengan akidah ahli Sunnah
Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam; atau
(vi) Apa-apa jua bahan publisiti yang menonjolkan atau menghidupkan ajaran kumpulan al-Arqam dan ajaran, pegangan serta fahaman ahli jemaah SRC atau apa-apa ajaran, pegangan dan fahaman kumpulan baru yang mempunyai persamaan dengan unsur ajaran, pegangan dan fahaman kumpulan al-Arqam serta ahli jemaah
SRC dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah diharamkan.
Bertarikh 29 Januari 2007
[PU/PP 3200 Jld. 1]
DATO’ HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang
66
[1hb Mac 2007
KANUN TANAH NEGARA
(Akta 56 tahun 1965)