Jadual
JADUAL
FATWA MENGENAI STATUS WAKAF DAN HAL-HAL BERKAITAN
PAJAKAN TANAH WAKAF LOT BARU 3118 (LOT LAMA 202(2)),
MUKIM 4, SEBERANG PERAI TENGAH
1.
Berdasarkan Surat Cara Indentur 7702 bertarikh 30-9-1901, hasrat Seete
Aisah binti Haji Mahmood (Pewakaf) adalah sebagai Wakaf Khas.
2.
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sebagai “Pemegang
Amanah Tunggal” hendaklah mematuhi dan melaksanakan semua hasrat
Pewakaf dan huraian dedikasi Pewakaf melalui Indentur, bahawasanya
Pewakaf memiliki tanah dan hereditamen yang disebutkan dan diterangkan selepas ini berhajat untuk:
2.1 Memindah dan menempatkan tanah tersebut untuk tujuan “Wakaf
Mohamadan”;
66
[14hb Feb. 2013
2.2 Mengikut cara yang akan dijelas dan diberitahu melalui surat cara ini mengikut hajat yang dinyatakan sebelum ini iaitu:
2.2.1 Memberi dan menyerahkan kepada:
i. Anak lelakinya (Ahamad bin Nordin)
ii. Anak-anaknya (Ahamad bin Nordin)
iii. Cucu-cucunya iv. Cicit-cicitnya
v. Serta keturunan mereka 2.3 Semua tanah yang terletak di hereditamen (kepentingan-kepentingan)
yang terletak di Daerah Permatang Pauh, Perai, Seberang Perai yang terdapat di dalam Indentur No. 7702 tahun 1861 yang merupakan
Lot 202 Mukim IV Kawasan Tengah yang mengandungi kawasan seluas 10 ekar, 23 pole yang diberi, ditawar dan dijual dan dilepaskan kepada saya oleh Seete Aisah secara bayaran.
2.4 Memegang tanah tersebut untuk kegunaan Ahamad bin Nordin, anak-anaknya, cucu-cucunya, cicit-cicitnya, serta keturunan mereka selama-lamanya dan dengan tujuan amanah yang dinyatakan dan diisytiharkan selepas ini berkenaannya, iaitu mempunyai kepentingan di dalam tanah tersebut sebagai Tanah Wakaf Mohamadan buat selama-lamanya.
2.5 Akan mengutip sewa tanah tersebut dan hendaklah sekali dalam setahun dalam bulan Jamadilakhir.
2.6 Mengadakan kenduri arwah untuk arwah suami saya Nordin dan juga kenduri untuk arwah datuk saya Nakhoda Jambang, nenek saya
Saedah dan datuk saudara saya Nakhoda Bumbung. Semua kenduri ini hendaklah diadakan sekali dalam bulan puasa Ramadan setiap tahun.
2.7 Membayar tiga ($3) bersamaan RM300.00 (mengikut nilai semasa dan terkini) untuk sembahyang.
2.8 Ratib di kubur Noordin tiga kali setahun iaitu pertama pada hari kenduri arwah, kedua pada cuti Hari Raya Puasa dan ketiga pada cuti Hari Raya Haji.
2.9 Dan hendaklah membayar dan membekalkan satu tin minyak tanah untuk Masjid Permatang Pauh dalam bulan Ramadan setiap tahun.
2.10 Dan seterusnya hendaklah mengirim ke Mekah tiga ($3) bersamaan
RM300.00 (mengikut nilai semasa dan terkini) setiap tahun dan seterusnya untuk tujuan umrah.
67 14hb Feb. 2013]
2.11 Dan akhirnya semua baki sewa dan pendapatan yang diperolehi seperti dinyatakan sebelum ini yang mana separuh darinya hendaklah digunakan untuk membaiki Masjid Permatang Pauh.
2.12 Jika tiada pembaikan dibuat, hendaklah menghantar wang tersebut ke Mekah untuk tujuan wakaf atau tujuan amal yang lain.
2.13 Dan separuh lagi hendaklah diambil dan digunakan oleh Ahamad serta keturunannya untuk kegunaan dan faedah mereka sendiri.
3.
Sekiranya Penerima Pajakan berhasrat memperolehi pembiayaan Harga
Pajakan Harta tersebut, maka Penerima Pajakan dan Pemberi Pajakan hendaklah memastikan bahawa pembiayaan tersebut adalah melalui pembiayaan Al-Ijarah atau apa-apa cara pembiayaan lain yang diharuskan oleh Hukum Syarak dan diluluskan oleh Pemberi Pajakan seperti di bawah:
Kaedah Pajakan
MAINPP boleh memberi pajakan selama tempoh 99 tahun kepada penerima pajakan tanah tersebut. Penerima pajakan tanah tersebut akan diikat dengan Perjanjian Pajakan dan pembiayaan pinjaman yang ditetapkan hendaklah menggunakan konsep pembiayaan Al-Ijarah.
Untuk tujuan ini, Borang 15 A akan digunapakai dalam proses pajakan yang dilaksanakan. Selepas 99 tahun, pajakan tersebut akan tamat dan tanah tersebut akan dikembalikan semula kepada MAINPP.
Kaedah Pembiayaan Pinjaman
Kaedah pembiayaan pinjaman yang dilaksanakan hendaklah melalui pembiayaan Al-Ijarah atau apa-apa sumber pembiayaan lain yang diharuskan oleh Hukum Syarak dan diluluskan oleh MAINPP. Menurut kaedah ini, institusi kewangan Islam yang dilantik akan memberikan kemudahan pembiayaan pinjaman kepada penerima pajakan sebagai kemudahan untuk membayar harga pajakan unit kediaman yang diperolehi daripada MAINPP sebagai Pemberi Pajakan dalam pembangunan ini bagi melayakkan mereka menduduki unit rumah tersebut. Sebagai sekuriti kepada pinjaman pembiayaan tersebut, pihak institusi kewangan Islam akan mendaftarkan cagaran di atas pajakan sahaja dan bukannya di atas tanah tersebut.
Bertarikh 30 Mei 2012
[JMNPP/(S)/19/1101/001(35); PUNPP 352/100/1/2/E-A/1]
DATO’ SERI HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Pulau Pinang
68
[14hb Feb. 2013
69 14hb Feb. 2013]
70
[14hb Feb. 2013
71 14hb Feb. 2013]
72
[14hb Feb. 2013