/akn/my-07/state_gazette/unknown/pggn25y2010/no-863

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 48

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
1

Quick answer

About this state subsidiary legislation

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 48 is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 863, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 48(3) dan (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, Mufti Negeri Pulau Pinang atas perkenan Yang di-Pertuan Agong membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

TANAH WAKAF

1.

Sebidang tanah di Lot 1093 dan Lot 1094, Mukim 12, Daerah Barat Daya,

Pulau Pinang adalah tanah wakaf berasaskan kepada sifat dan penggunaannya.

2.

Wujud amanah khairat bagi kemajuan agama Islam atau faedah orang-orang Islam mengikut hukum Syarak berkaitan tanah-tanah tersebut di bawah

Surat Ikatan Amanah dan Indentur bertarikh 8-6-1961 berkait dengan Lot No.

1093 tersebut, dan di bawah Surat Ikatan Amanah dan Indentur bertarikh 4-5-1959 berkaitan Lot No. 1094 tersebut.

3.

Lot-lot tanah berkaitan adalah kekal sebagai wakaf, berdasarkan:

Maksudnya: “Dan tidak batal wakaf setiap keadaaan malah adalah berterusan”.

(Rujukan: As-Syed Al-Bakri, Hasyiah I’anatul At-Talibin Juz ketiga, Dar

Al Fikr, halaman 167)

1241 9hb Dis. 2010]

4.

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) adalah sebagai pemegang amanah tunggal terhadap tanah wakaf tersebut dan tidak boleh dipertikaikan oleh pewaris.

5.

Pihak MAINPP telah bertindak secara betul di dalam melakukan perletakhakan tanah-tanah tersebut pada nama pihak Majlis.

6.

Mengikut kaedah “sad al Zaraie”; MAINPP sebagai pemegang amanah, boleh mencegah daripada berlaku sebarang penyelewengan.

Dibuat Ogos 2010

[JMNPP/(S)/19/1101/001(16); PUNPP 152.100.1/2/2]

DATUK HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD

Mufti Kerajaan Negeri

Pulau Pinang

1242

[9hb Dis. 2010

1243 9hb Dis. 2010]