/akn/my-07/state_gazette/unknown/pggn04-01-y2013/no-87

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 48

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
1

Quick answer

About this state subsidiary legislation

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 48 is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 87, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 48(3) dan (4) dan subseksyen 50(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 [Enakmen 2], Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang atas perkenan Yang di-Pertuan Agong membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

FATWA MENGENAI PERINTAH ISTITABAH

1.

Seseorang yang diertikan sebagai Islam, tetapi mengamalkan cara hidup bukan Islam seperti menyembah berhala atau telah melaksanakan “deed poll” (pengakuan menolak Islam) tidak boleh dihukum sebagai murtad atau disifatkan telah murtad melainkan setelah memperoleh suatu perintah bagi maksud itu daripada Mahkamah Tinggi Syariah.

2.

Untuk mengisytiharkan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam,

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah terlebih dahulu memerintahkan orang itu untuk menjalani program pemurnian akidah mengikut ketetapan yang akan ditentukan dari semasa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Agama Islam

Negeri.

3.

Mahkamah Tinggi Syariah, menurut fasal 2, hendaklah menetapkan tempoh program pemurnian akidah mengikut satu tempoh yang dirasakan sesuai dan wajar oleh Mahkamah tetapi tempoh tersebut mestilah tidak kurang daripada 12 kali Majlis.

4.

Jika orang itu, setelah menjalani program pemurnian akidah menurut fasal 2 dan 3, telah bertaubat mengikut Hukum Syarak, maka selepas itu Mahkamah

Tinggi Syariah hendaklah membatalkan kes murtad orang itu.

5.

Mana-mana orang Islam yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi

Syariah untuk menjalani program pemurnian akidah menurut fasal 2 dan 3 namun gagal untuk bertaubat, maka Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah menangguhkan kes orang itu dan pada masa yang sama memerintahkan orang itu supaya menjalani program pemurnian akidah yang selanjutnya, mengikut satu tempoh yang dirasakan sesuai dan wajar oleh Mahkamah tetapi tempoh tersebut mestilah tidak kurang daripada 12 kali Majlis.

6.

Mana-mana orang Islam yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi

Syariah untuk menjalani program pemurnian akidah namun gagal untuk bertaubat setelah tamat tempoh yang diperintahkan di bawah fasal 2, 3 dan 5, maka selepas itu dan tertakluk kepada fasal 7 dan 8, Mahkamah Tinggi

Syariah boleh membuat Perintah Interim untuk memerintahkan bahawa orang itu telah murtad dengan syarat bahawa orang tersebut:

(a)

berakal, tidak sah murtad orang gila;

73 14hb Feb. 2013]

(b)

baligh, menurut Imam Syafie dan Al-Imam Abu Yusuf, tidak sah kanak-kanak yang mumayyiz;

(c)

membuat pilihan sendiri atau sukarela, tidak sah murtad orang yang dipaksa.

7.

Mahkamah Tinggi Syariah dalam membuat perintah murtad mengikut fasal 6, mestilah juga sebelum membuat Perintah Interim tersebut, memerintahkan mengenai perkara-perkara yang berikut:

(a)

pembubaran perkahwinan;

(b)

pembahagian harta sepencarian;

(c)

hak perwalian;

(d)

pembahagian harta pusaka; dan

(e)

hadhanah.

8.

Berkaitan dengan fasal 6, Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah menetapkan dan memerintahkan orang yang telah murtad tersebut supaya menjalani satu tempoh Istitabah tidak kurang daripada 12 kali Majlis.

9.

Dalam keadaan bila mana seseorang yang tersebut di fasal 3 dan 5 telah meninggal dunia, maka beliau adalah masih seorang Islam.

10.

Mana-mana orang yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah sebagai telah murtad mengikut fasal 6 dan telah menjalani Istitabah mengikut fasal 8, namun gagal untuk bertaubat, Mahkamah Tinggi Syariah boleh membuat perintah muktamad untuk mengisytiharkan bahawa orang itu telah murtad.

11.

Mana-mana orang Islam yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi

Syariah sebagai telah murtad dan dia gagal, ingkar atau enggan untuk bertaubat dalam tempoh Istitabah yang ditetapkan mengikut fasal 8, maka

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah menjatuhkan hukuman berdasarkan hukum Syarak.

12.

Dalam keadaan bila mana seseorang yang telah diperintahkan sebagai murtad oleh Mahkamah Tinggi Syariah mengikut fasal 6 telah meninggal dunia, maka beliau adalah dianggap bukan lagi sebagai seorang Islam.

13.

Adalah haram bagi orang Islam untuk mewakili orang Islam yang ingin murtad.

14.

Orang Islam yang membantu orang Islam yang lain untuk murtad adalah dihukum murtad.

74

[14hb Feb. 2013

15.

Bagi maksud Fatwa ini, “Majlis” adalah merujuk kepada proses runding cara, sesi kaunseling, program motivasi, ziarah dan apa-apa juga program lain yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri Pulau Pinang bertujuan untuk memulihkan akidah Islam.

16.

Fatwa ini membatalkan Fatwa yang telah diwartakan dalam Warta Kerajaan

Negeri Pulau Pinang menurut Warta Jilid 53, No. 17 bertarikh 13 Ogos 2009.

Bertarikh 30 Mei 2012

[JMNPP/(S)/19/1101/001(35); PUNPP 352/100/1/2/E-A/1]

DATO’ SERI HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Pulau Pinang

75 14hb Feb. 2013]

76

[14hb Feb. 2013

77 14hb Feb. 2013]

CAWANGAN ALOR SETAR

Hakcipta Pencetak H atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik).