/akn/my-08/state_gazette/unknown/pkgn016y2001/no-508

FATWA MENANGANI MASALAH PERPECAHAN ORANG MELAYU/ISLAM

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
1

Quick answer

About this state subsidiary legislation

FATWA MENANGANI MASALAH PERPECAHAN ORANG MELAYU/ISLAM is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 508, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 34(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992 [En. 2/92] dan dibaca bersama subseksyen 34(2), Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan setelah berbincang dengan Jawatankuasa Syariah “Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Darul Ridzuan” pada 5 Zulkaedah 1421 bersamaan 30 Januari 2001 dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

(1)

Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan malah digalakkan dengan disiplin ilmu, iman dan ihsan mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan dan menyeleweng adalah salah dan boleh diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

(2)

Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati Rukun

Iman dan Rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman sedemikian adalah salah di sisi Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng.

2hb Ogos 2001

WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK

610

[2hb Ogos 2001

(3)

Ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah S.W.T. Dari itu dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam dilayakkan ke syurga atau ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah dan menyeleweng.

Dibuat pada 2 Julai 2001.

[M.N. Pk. A351/14/5; PU. PK. 07/2001.]

DENGAN TITAH PERINTAH DULI

YANG MAHA MULIA SULTAN

DATO’ SERI HAJI HARUSSANI BIN HAJI ZAKARIA

Mufti Negeri Perak

FATWA MENANGANI MASALAH PERPECAHAN ORANG MELAYU/ISLAM (No. 508)