State Subsidiary LegislationIn force
Fatwa Mengenai Harta Wakaf Khas Masjid Taiping
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Fatwa Mengenai Harta Wakaf Khas Masjid Taiping is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 298, currently marked in force.
Front matterCover and publication detailsOpenClose
FATWA MENGENAI HARTA WAKAF KHAS MASJID TAIPING
Opening note
Preamble
- Bahawasanya Jawatankuasa Fatwa, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 [Enakmen 4 tahun 2004], telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini: Dan bahawasanya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah memperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini: Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa ynag diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa Fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut: “Segala perolehan harta wakaf khas Masjid Melayu Taiping hendaklah dibelanjakan untuk tujuan wakaf berkenaan dan tidak boleh dipindahkan untuk tujuan lain selama mana mauquf a’laih iaitu Majis Melayu Taiping masih ada. Mesyuarat juga bersetuju bahawa harus hukumnya bangunan masjid yang berusia 100 tahun diletakkan di bawah tujuan pemuliharaan muzium dalam keadaan fungsi masjid dan kehormatan masjid dijamin untuk dijaga”. Bertarikh 5 Februari 2009 [MNPK.A351.IST/01/7 JLD 2; PU.Pk. 07/2001] Dengan Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan DATO’ SERI (DR) HAJI HARUSSANI BIN HAJI ZAKARIA Mufti dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan KANUN TANAH NEGARA (Akta 56 tahun 1965) NATIONAL LAND CODE (Act 56 of 1965)
Something wrong on this page?
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.