(i)
menganut, mengamal, menjadi ahli, menjadi pengikut, mengisytiharkan diri sebagai ahli, mengisytiharkan diri sebagai pengikut; atau
(ii)
memiliki, menyimpan, mencetak, menerbit, memuat naik, memuat turun, menjual, mengedar atau menggunakan apa-apa terbitan, risalah, majalah, buku, media sosial, dokumen, rakaman audio, filem; atau
(iii)
mengajar, menyebar, menghidup, membantu, menganjur, mempromosi fahaman dan ajaran, menghadiri apa-apa upacara yang dikaitkan dengan ajaran tersebut atau menyokong apa-apa aktiviti perbomohan sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Mana-mana orang Islam di Negeri Perak yang mengingkari Fatwa ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Perak Darul Ridzuan.
Bertarikh 13 Julai 2015
[MNPK.A351.IST/01/7 JLD3; PU.Pk. 07/2001]
Dengan Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria
Mufti dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Negeri Perak Darul Ridzuan
No. 2216.
FATWA PENGHARAMAN PENGAJARAN TAREKAT
AMIRUL MUKMININ ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A.
PIMPINAN HAJI ISMAIL BIN ALANG MUHAMED