/akn/my-08/state_gazette/unknown/prkgn20-01-y2014/no-2521

FATWA MENGENAI PENYALURAN HARTA TIDAK PATUH

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force

Quick answer

About this state subsidiary legislation

FATWA MENGENAI PENYALURAN HARTA TIDAK PATUH is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 2521, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Bahawasanya Jawatankuasa Fatwa, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 [Enakmen 4 tahun 2004], telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini; Dan Bahawasanya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah memperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini; Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa Fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut: “Harta-harta atau sebarang pemerolehan yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah Haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri melainkan untuk kepentingan awam. Pembersihan harta-harta atau pemerolehan tersebut boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

(i)

diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat

Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan sebagainya;

(iii)

jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya.

Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya.

Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal”.

Bertarikh 24 September 2014

[MNPK.A351.IST/01/7 JLD3; PU.Pk.07/2001]

Dengan Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan

Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria

Mufti dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Perak Darul Ridzuan

WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK

2796

[25hb Sept. 2014

Suggest a correction
Suggest a correction
FATWA MENGENAI PENYALURAN HARTA TIDAK PATUH (No. 2521)