Jadual
JADUAL
Kandungan buku bertajuk “Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Maunah Malaysia
Seni Bela Diri Warisan Islam (sumber kekuatan batin)” karangan Syeikh
Muhamad Amin Bin Mohd Razali didapati mengandungi perkara-perkara yang meragukan dan menyalahi ajaran Agama Islam yang sebenar. Oleh yang demikian umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu dan buku itu wajib diharamkan dan pengamalnya wajib bertaubat.
Bagi orang-orang Islam yang telah membaca, menyebar dan mengamalkan ajaran itu di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
Dibuat pada 2 Julai 2001.
[M.N. Pk. A351/14/5; PU. PK. 07/2001.]
DENGAN TITAH PERINTAH DULI
YANG MAHA MULIA SULTAN
DATO’ SERI HAJI HARUSSANI BIN HAJI ZAKARIA
Mufti Negeri Perak
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
2hb Ogos 2001]
611
No. 510.
AKTA EKSAIS 1976
(Akta 176)
MESYUARAT LEMBAGA PELESENAN (EKSAIS) HULU PERAK
Dengan ini diberitahu bahawa Lembaga Pelesenan (Eksais) Daerah Hulu Perak akan mengadakan persidangannya di Bilik Gerakan Pejabat Daerah, Gerik pada hari Selasa 10-7-2001 jam 10.00 pagi bagi menimbangkan permohonan-permohonan lesen baru/pembaharuan/pindahmilik lesen bagi tempoh setengah tahun kedua tahun 2000.
2.
Permohonan menggunakan borang (Eksais 27) dalam empat (4) salinan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Lembaga Pelesenan (Eksais) Daerah
Hulu Perak, d/a Pejabat Daerah, Hulu Perak, 33300 Gerik pada atau sebelum 31-5-2001.
3.
Permohonan lesen baru hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Pendaftaran
Perniagaan yang sah dan hendaklah mempamerkan satu salinan permohonannya di premis yang hendak dilesenkan tidak kurang dari dua (2) minggu sebelum tarikh persidangan. Permohonan hendaklah juga diiklankan dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu dengan perbelanjaan sendiri.
4.
Bantahan terhadap permohonan lesen baru hendaklah dikemukakan kepada
Pengerusi, Lembaga Pelesenan (Eksais) Daerah Hulu Perak, Gerik dan Ketua
Polis Daerah Hulu Perak, Gerik selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum tarikh persidangan.
Bertarikh 22 Jun 2001.
[P.D.Hu.Pk. 208 Bhg. 17.]
MAHMOD BIN HJ. MORSIDI
Pengerusi,
Lembaga Pelesen (Eksais),
Daerah Hulu Perak
KANUN TANAH NEGARA
Akta 56 tahun 1965