Finance Act 1987 · Updated to 1 Aug 2019 · Chapter III · Pindaan Kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
Section 18
Feedback & supportSeksyen 2 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, yang disebut “Akta ibu” dalam Bab ini, dipinda—
dengan menggantikan perkataan
“perenggan 15
Jadual 5 kepada” dalam takrif bagi “akauntan” dalam subseksyen (1) dengan perkataan “subseksyen 153(3)”;
dengan memasukkan sebaik selepas perkataan
“termasuklah” dalam takrif bagi “memperolehi” dalam subseksyen (1) dan sebaik selepas perkataan “ertinya”
dalam takrif bagi “melupuskan” dalam subseksyen itu perkataan “, tertakluk kepada subseksyen (4),”; dan
dengan memasukkan sebaik selepas subseksyen (3)
subseksyen baharu (4) yang berikut:
“(4) Jika mana-mana tanah yang dipegang oleh dua orang atau lebih sebagai tuan punya bersama dipecah milik supaya meletak hak pada tiap-tiap seorang daripada mereka, di bawah hakmilik berasingan, sebahagian tanah itu yang luasnya berkadar sehampir mungkin dengan bahagian tidak pecahnya dalam keseluruhan tanah itu, pecah milik tanah itu tidak boleh dianggap bagi maksud
Akta ini sebagai melibatkan perolehan atau pelupusan apa-apa bahagian atau kepentingan dalam tanah itu oleh mana-mana orang demikian.”.
Pindaan Jadual 2