Finance Act 1987 · Updated to 1 Aug 2019 · Chapter IV · Pindaan Kepada Akta Cukai Pemindahan Syer (Syarikat Berasaskan Tanah) 1984
21. Pindaan seksyen 4A
Feedback & supportSeksyen 4A Akta Cukai Pemindahan Syer (Syarikat Berasaskan
Tanah)
1984
dipinda dengan memasukkan sebaik selepas subseksyen (2) subseksyen baharu (3) yang berikut:
“(3) Ketua Pengarah boleh menarik balik apa-apa kelulusan bagi sesuatu pindah milik atau pelupusan yang diberi di bawah subseksyen (1) dalam masa tiga tahun selepas memberinya jika—
ternyata kepadanya bahawa pindah milik atau pelupusan itu telah dibuat kesemuanya atau sebahagiannya bagi sesuatu maksud selain maksud yang tersebut dalam subseksyen itu; atau
dalam hal sesuatu kelulusan yang diberi di bawah perenggan (1)(a), aset itu dipindah milik kemudiannya
16
Undang-Undang Malaysia supaya keempunyaan aset itu tidak lagi berada pada kumpulan itu.”.