/akn/my-08/state_gazette/unknown/gnpk013-02-y2005-1

gnpk013(02)y2005 (1).pdf

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
10

Quick answer

About this state subsidiary legislation

gnpk013(02)y2005 (1).pdf is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation gnpk013-02-y2005-1, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Bahawasanya melalui Pemberitahuan No. 4393 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bertarikh 9 Oktober 1941, Residen Negeri Perak pada menjalankan kuasa yang terletak hak padanya di bawah seksyen 24(i) Kanun Tanah 1926, telah mengisytiharkan bahagian tanah yang terletak di dalam Mukim Slim yang diperihalkan dalam Jadual dan terlukis di atas Pelan Hasil Ukur No. 17447 yang disimpan di Pejabat Pengarah Ukur dan Pemetaan, Perak sebagai rizab bagi maksud suatu tapak "Forest Checking Station" yang akan diselenggarakan oleh Pegawai Hutan, Daerah Batang Padang; Dan bahawasanya kini didapati suai manfaat oleh Pihak Berkuasa Negeri bahawa perizaban yang disebut terdahulu dibatalkan kesemua bahagiannya sebagaimana yang diperihalkan dalam Jadual; Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Negeri di bawah subseksyen 64(1) Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965] Pihak Berkuasa Negeri memberikan notis di bawah subseksyen 64(2) Kanun itu mengenai cadangan untuk membatalkan tanah rizab tersebut kesemua bahagiannya sebagaimana yang diperihalkan dalam Jadual dan sesiapa jua yang ingin membantah, pembatalan itu akan didengar oleh Pengarah Tanah dan Galian, Perak dalam suatu siasatan yang akan diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah dan Tanah, Slim River pada 4 Ogos 2005, jam 10.00 pagi.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

Daerah—Batang Padang. Mukim—Slim. No. Pelan—17447. No. Lot—2641. Luas—3 rod 13.1 pol.

Bertarikh 1 Jun 2005

[PTG.Pk.243/4-93(E);PU.Pk.67/71-54 Jld.3]

HASIM BIN HASAN

Setiausaha

Majlis Mesyuarat Kerajaan

Perak

Whereas by Notification No. 4393 published in the Federated Malay States Government Gazette dated 9 October 1941, the Resident of Perak in exercise of the powers vested in him under section 24(i) of the Land Code 1926, proclaimed that the parcel of land situated in Mukim Slim described in the Schedule and delineated upon Revenue Survey Plan No. 17447 deposited in the Office of the Director of Survey and Mapping, Perak to be a reserve for the purpose of a site for a "Forest Checking Station" to be maintained by the Forest Officer, Daerah Batang Padang;

And whereas it now appears expedient to the State Authority that the aforesaid reservation should be wholly revoked as described in the Schedule;

Now, therefore, in exercise of the powers conferred upon the State Authority under subsection 64(1) of the National Land Code [Act 56 of 1956], the State Authority gives notice under subsection 64(2) of the Code of the proposal to wholly revoked the reservation as described in the Schedule and those who wish to object to such revocation will be heard by the Director of Land and Mines, Perak in an inquiry to be held at the Meeting Room, District and Land Office of Slim River on 4 August 2005 at 10.00 a.m.

Jadual

Suggest a correction

District—Batang Padang. Mukim—Slim. Plan No.—17447. Lot No.—2641. Area—3 rood 13.1 pole.

Dated 1 June 2005

[PTG.Pk.243/4-93(E);PU.Pk.67/71-54 Jld.3]

HASIM BIN HASAN

Secretary

State Executive Council

Perak

No. 667.

(Seksyen 261)

SAMAN KEPADA PENGGADAI SUPAYA HADIR DALAM SIASATAN

Kepada A Nagarani a/p Annavy yang beralamat di No. 41, Jalan Jati, Taman Bersatu, 31000 Batu Gajah, penggadai dalam gadaian yang tersebut dalam Jadual di bawah ini bagi tanah/pajakan/pajakan kecil yang tersebut di dalamnya.

Bahawasanya saya telah menerima daripada pemegang gadai dalam gadaian yang tersebut suatu permohonan supaya perintah jual dikeluarkan di bawah seksyen 260(2) Kanun Tanah Negara.

Dan bahawasanya saya bercadang hendak mengadakan suatu siasatan berkenaan dengan permohonan tersebut di Aras Bawah Pejabat Tanah Kinta, Batu Gajah pada hari Khamis, 7 Julai 2005, jam 9.30 pagi.

Maka oleh yang demikian, menurut seksyen 261(1)(c) Kanun Tanah Negara tuan/puan adalah dengan ini dikehendaki hadir dalam siasatan tersebut dan menunjukkan sebab-sebab mengapa perintah tersebut tidak patut dibuat.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN

Mukim—Tg. Tualang. No. Lot—390. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 879. Bahagian tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian (Jika ada)—Pers. No. 233/2002 Jilid: - Folio: -.

Bertarikh 26 Mei 2005 [KD.17/5-334]

MOHD YUSSUF AL FAHMEY BIN ABD RAHIM b.p. Pentadbir Tanah Kinta

No. 668.

Kepada Shari bin Napiah, No. 83, Rancangan Perumahan Awam II, 34100 Selama, Perak penggadai dalam gadaian yang tersebut dalam Jadual di bawah ini bagi tanah yang tersebut di dalamnya.

Bahawasanya saya telah menerima daripada pemegang gadai dalam gadaian yang tersebut suatu permohonan supaya perintah jual dikeluarkan di bawah seksyen 260(2) Kanun Tanah Negara.

Dan bahawasanya saya bercadang hendak mengadakan suatu siasatan berkenaan dengan permohonan tersebut di Pejabat Tanah Selama, Perak pada hari Selasa, 28 Jun 2005, jam 9.30 pagi.

Maka oleh yang demikian, menurut seksyen 261(1)(c) Kanun Tanah Negara tuan/puan adalah dengan ini dikehendaki hadir dalam siasatan tersebut dan menunjukkan sebab-sebab mengapa perintah tersebut tidak patut dibuat.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN

Mukim-Ulu Selama. No. Lot—6156 dan 6155. Jenis dan No. Hakmilik-G.M. 2963 dan G.M. 2964. Bahagian tanah (jika ada)Semua. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)Per. No. 283/2000 Jilid: 28 Folio: 55.

Bertarikh 31 Mei 2005

[PT. Selama F/6/2005]

MAT YUSOF BIN IBRAHIM

Penolong Pentadbir Tanah Selama

No. 669.

Kepada Ilangovan a/l Gopal, No. 21, Rumah Awam II, 34100 Selama, Perak penggadai dalam gadaian yang tersebut dalam Jadual di bawah ini bagi tanah yang tersebut di dalamnya.

Bahawasanya saya telah menerima daripada pemegang gadai dalam gadaian yang tersebut suatu permohonan supaya perintah jual dikeluarkan di bawah seksyen 260(2) Kanun Tanah Negara.

Dan bahawasanya saya bercadang hendak mengadakan suatu siasatan berkenaan dengan permohonan tersebut di Pejabat Tanah Selama, Perak pada hari Selasa, 28 Jun 2005, jam 9.20 pagi.

Maka oleh yang demikian, menurut seksyen 261(1)(c) Kanun tanah Negara tuan/puan adalah dengan ini dikehendaki hadir dalam siasatan tersebut dan menunjukkan sebab-sebab mengapa perintah tersebut tidak patut dibuat.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN

Mukim—Selama. No. P.T.—3135. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 1056. Bahagian tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—Per. No. 66/2000 Jilid: 28 Folio: 26.

Bertarikh 31 Mei 2005 [PT. Selama F/7/2005]

MAT YUSOF BIN IBRAHIM Penolong Pentadbir Tanah Selama

No. 670.

Kepada Tetuan Toh Theam Hock & Company, yang beralamat di No. 16, Jalan Kota, 34000 Taiping pemegang gadai dalam gadaian yang tersebut dalam Jadual di bawah ini bagi tanah/pajakan/pajakan kecil sebagaimana yang tersebut di dalamnya.

Bahawasanya saya telah menerima daripada pemegang gadai dalam gadaian yang tersebut suatu permohonan supaya perintah jual dikeluarkan di bawah seksyen 260(2) Kanun Tanah Negara.

Adalah diberi notis bahawa saya bercadang hendak mengadakan suatu siasatan berkenaan dengan permohonan tersebut di Pejabat Tanah, Taiping pada hari Sabtu, 25 Jun 2005, jam 10.40 pagi.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN

Mukim—Kamunting. No. Lot—1483. Jenis dan No. Hakmilik—G.M. 897. Bahagian tanah (jika ada)—Semua bhg. No. Berdaftar Gadaian (jika ada) Pers. No.: 634/2003.

Bertarikh 10 Jun 2005

[PTLM.369/12/2005/05]

HAJI MD. SHAFIE BIN HAJI MUDA Pentadbir Tanah Larut dan Matang

No. 671.

Kepada Tetuan Tay Ibrahim & Partners yang beralamat di No. 53, Lorong Taman Ipoh I, Ipoh Garden South, 31400 Ipoh pemegang gadaian dalam gadaian yang tersebut dalam Jadual di bawah ini bagi tanah/pajakan/pajakan kecil sebagaimana yang tersebut di dalamnya.

Bahawasanya saya telah menerima daripada pemegang gadaian yang tersebut suatu permohonan supaya perintah jual dikeluarkan di bawah seksyen 260 (2) Kanun Tanah Negara.

Adalah diberi notis bahawa saya bercadang hendak mengadakan suatu siasatan berkenaan dengan permohonan tersebut di Pejabat Tanah, Taiping pada hari Jumaat, 24 Jun 2005, jam 10.00 pagi.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN

Mukim—Tupai. No. Lot—4096. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M)L 487/78. Bahagian tanah (jika ada)—Semua bhg.. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—Per. No. 2044/2001.

Bertarikh 7 Jun 2005 [PTLM.369/14/2005/12]

HAJI MD. SHAFIE BIN HAJI MUDA Pentadbir Tanah Larut dan Matang

No. 672.

(Seksyen 263)

PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN

Saya, Abdul Manap bin Ismail, Pentadbir Tanah, setelah menjalankan siasatan atas permohonan pemegang gadaian dalam gadaian yang diperihalkan dalam Jadual di bawah ini bagi tanah yang diperihalkan sedemikian dan setelah puas hati bahawa tidak ada apa-apa sebab yang bertentangan;

Dengan ini, pada menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 263 Kanun Tanah Negara, perintah supaya dijual tanah yang tersebut itu;

Dan selanjutnya saya perintah—

(a)

bahawa jualan itu hendaklah dengan jualan lelong awam, yang akan diadakan pada 28 Jun 2005, jam 10.00 pagi di Pejabat Tanah, Tapah; dan

(b)

bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu ialah RM34,000.00.

2. Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian itu pada tarikh ini ialah RM28,775.10.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN

Bandar/Pekan/Mukim—Batang Padang. No. P.T.—607. Jenis dan No. Hakmilik H.S.M. 544. Bahagian tanah (jika ada)—Semua bhg. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Pers: 965/93.

Bertarikh 2 Jun 2005 [PTBP(D) 9/400]

ABDUL MANAP BIN ISMAIL b.p. Pentadbir Tanah Batang Padang, Tapah

No.

673.

Saya, Abdul Manap bin Ismail, Pentadbir Tanah setelah menjalankan siasatan atas permohonan pemegang gadaian dalam gadaian yang diperihalkan dalam Jadual di bawah ini bagi tanah yang diperihalkan sedemikian dan setelah puas hati bahawa tidak ada apa-apa sebab yang bertentangan;

Dengan ini, pada menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 263 Kanun Tanah Negara, perintah supaya dijual tanah yang tersebut itu;

Dan selanjutnya saya perintah—

(a)

bahawa jualan itu hendaklah dengan jualan lelong awam, yang akan diadakan pada 28 Jun 2005, jam 10.00 pagi di Pejabat Tanah, Tapah; dan

(b)

bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu ialah RM45,000.00.

2. Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian itu pada tarikh ini ialah RM42,363.43.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN

Bandar/Pekan/Mukim—Batang Padang. No. P.T.—658. Jenis dan No. Hakmilik H.S.(M) 595. Bahagian tanah (jika ada)—Semua bhg. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Per: 961/98 Jilid: 115 Folio: 11.

Bertarikh 2 Jun 2005

[PTBP(D)9/416]

ABDUL MANAP BIN ISMAIL b.p. Pentadbir Tanah

Batang Padang, Tapah

No. 674.

Saya, Abdul Manap bin Ismail, Pentadbir Tanah, setelah menjalankan siasatan atas permohonan pemegang gadaian dalam gadaian yang diperihalkan dalam Jadual di bawah ini bagi tanah yang diperihalkan sedemikian dan setelah puas hati bahawa tidak ada apa-apa sebab yang bertentangan;

Dengan ini, pada menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 263 Kanun Tanah Negara, perintah supaya dijual tanah yang tersebut itu;

Dan selanjutnya saya perintah—

(a)

bahawa jualan itu hendaklah dengan jualan lelong awam, yang akan diadakan pada 30 Jun 2005, jam 10.00 pagi di Pejabat Tanah, Tapah; dan

(b)

bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu ialah RM70,000.00.

2. Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian itu pada tarikh ini ialah RM82,692.56.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN

Bandar/Pekan/Mukim—Bidor. No. P.T.—4444. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 4506. Bahagian tanah (jika ada)—Semua bhg. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Pers: 1049/2001.

Bertarikh 2 Jun 2005

[PTBP(D) 9/410]

ABDUL MANAP BIN ISMAIL b.p. Pentadbir Tanah Batang Padang, Tapah