Jadual
JADUAL II
(Peraturan 6)
KEPUTUSAN-KEPUTUSAN/PERINTAH PESURUHJAYA
Negeri Pulau Pinang, Daerah Seberang Perai Selatan
Kepada: Sesiapa jua yang berkenaan.
No. Siasatan: 1/2001
Siasatan di bawah seksyen 84 terhadap pegangan No. 147 Mukim 13, Seberang Perai
Selatan.
Pendapat:
Saya berpendapat seperti berikut—
Hakmilik tanah pegangan ini menjadi tidak terang kerana Pejabat ini tidak boleh menentukan tuan tanah yang sebenar bagi tanah pegangan ini;
Setelah siasatan dibuat didapati bahawa tanah pegangan ini telah diperintah oleh Tok yang menuntut Lee Theng Thew @ Ah Tiew. Selepas Tok yang menuntut meninggal, tanah ini telah bertukar kepada bapa saudara dan sepupunya. Beliau telah meminta tanah ini didaftarkan ke atas nama Tan
Kang Hock—the attorney of Ah Ban;
Oleh kerana ini merupakan tanah keluarga dan L/A (Letters of
Administration) pun telah diambil, saya berpuashati untuk mendaftarkan tanah ini atas nama seperti dalam Daftar Sementara;
Segala hasil tanah dibayar kepada Kerajaan;
2.
Oleh yang demikian, saya memberi keputusan seperti berikut—
Batalkan catatan hakmilik tak terang;
Sahkan nama Tan Kang Hock—attorney of Ah Ban—Kesemua bahagian.
Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meterai pada 23 Jun 2003.
[PHMT/A/3/C/DSPS/10350.]
WAN RUHANI BINTI WAN DAUD,
Timbalan Pengarah Hakmilik Geran Tanah,
Pulau Pinang
300
[17 Julai 2003
WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
No. 181.
Negeri Pulau Pinang, Daerah Seberang Perai Utara
Kepada: Sesiapa jua yang berkenaan.
No. Siasatan: 1/2003
Siasatan di bawah seksyen 84 terhadap pegangan No. 1998 & 1999 Mukim 6, Seberang
Perai Utara.
Pendapat:
Saya berpendapat seperti berikut—
Hakmilik kedua-dua tanah pegangan ini menjadi tidak terang kerana Pihak
Pejabat Tanah tidak dapat menentukan tanah-tanah Arumugam Pillai.
Bertam dan Bank Persatuan kerana tiada ukuran yang tetap antara mereka;
Setelah siasatan dibuat di antara ketiga-tiga mereka, satu persetujuan telah dicapai di mana Bank Persatuan telah membebaskan semua kepentingannya terhadap tanah pegangan 1998 & 1999 Mukim 6, Seberang Perai Utara;
Bagi Lot 1998 Mukim 6, Seberang Perai Utara, Bertam Consolidated
Rubber Co. Ltd. telah memberi kebenaran untuk didaftarkan di atas nama
N.T.S. Arumugam Pillai mengikut perjanjian bertarikh 22-4-1958;
Untuk Lot 1999 Mukim 6, Seberang Perai Utara, didaftarkan di atas nama—Bertam Estate dengan syarat Bertam akan mendaftarkan di bawah tiga bahagian (portion):
Estate of Arumugam Pillai;
Estate of Bertam; dan
Estate of Lai Poh Hieng dan Estate of Ang Ah Bah @ Ang Kim
Leng.
Pihak-pihak terlibat disyorkan untuk menyempurnakan ukuran dan jualan mengikut hak masing-masing;
Segala hasil tanah telah dibayar kepada kerajaan;
WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
301 17 Julai 2003]
2.
Oleh yang demikian, saya memberi keputusan seperti berikut—
Untuk Lot 1998 Mukim 6, Seberang Perai Utara—Daftarkan Nama N.T.S.
Arumugam Pillai—Kesemua bahagian;
Untuk Lot 1999 Mukim 6, Seberang Perai Utara—Daftarkan Nama Bertam
Consolidated Rubber Co. Limited—Kesemua bahagian.
Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meterai pada 24 Jun 2003.
[PHMT/C/DSPU/1246 SJ.]
WAN RUHANI BINTI WAN DAUD,
Timbalan Pengarah Hakmilik Geran Tanah,
Pulau Pinang
CAWANGAN ALOR SETAR
(Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik).