Jadual
JADUAL II
(Peraturan 6)
KEPUTUSAN/PERINTAH PESURUHJAYA
Negeri Pulau Pinang, Seberang Perai Utara
Kepada: Sesiapa jua yang berkenaan.
No. Siasatan: 6/2000
Siasatan di bawah seksyen 84 terhadap tanah pegangan No. 270 Seksyen 3, Bandar
Butterworth Seberang Perai Utara.
Pendapat:
Saya berpendapat seperti berikut—
Hakmilik tanah pegangan ini menjadi tidak terang kerana Pejabat ini tidak boleh menentukan tuan tanah yang sebenar bagi tanah pegangan ini.
Setelah siasatan dibuat didapati bahawa tanah ini asalnya diperintah oleh
Zainon bin Mohd Rejab dan bapanya sejak awal tahun lima puluhan.
Setelah bapanya meninggal dunia pemerintahan tanah ini telah diteruskan oleh Zainon hinggalah ke hari ini tanpa gangguan dari sesiapapun.
Segala hasil tanah dibayar kepada Kerajaan.
Oleh kerana pemerintahan Zainon telah meliputi 12 tahun sebelum 1-1-66
maka saya berpuas hati untuk mengesahkan milikan beliau sebagai milik lama.
2.
Oleh yang demikian, saya memberi keputusan seperti berikut—
Daftarkan nama Zainon bin Mohd. Rejab—kesemua bahagian.
Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meterai pada 15 Februari 2001.
[PHMT/A3/C/DSPU/23431.]
WAN RUHANI BINTI WAN DAUD,
Timbalan Pengarah Hakmilik Geran Tanah,
Pulau Pinang
65 15 Mac 2001]
WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG