/akn/my-07/state_gazette/unknown/pggn006y2004/no-81

JADUAL II

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
1

Quick answer

About this state subsidiary legislation

JADUAL II is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 81, currently marked in force.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL II

(Peraturan 6)

KEPUTUSAN/PERINTAH PESURUHJAYA

Negeri Pulau Pinang, Daerah Seberang Perai Utara

No. Siasatan: 1/2004

Siasatan di bawah seksyen 84 terhadap pegangan No. 1602 Mukim 6, Seberang Perai

Utara.

WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

73 11 Mac 2004]

Pendapat:

Saya berpendapat seperti berikut—

1.

Tanah pegangan ini menjadi keraguan kerana ianya telah dibatalkan menurut minit Timbalan Pengarah Hakmilik Geran Tanah Pulau Pinang pada 30-12-1985.

2.

Setelah siasatan dibuat didapati bahawa tanah ini masih wujud. Terdapat 2 buah rumah dan satu stor di atas tanah ini. Satu ukuran telah dibuat oleh tuan tanah dan keluasannya telah menyamai ukuran di Pejabat Ukur iaitu 0.231 ekar. Menurut ukuran asal, tanah ini ialah 36.95 poles.

3.

Laporan dari Pejabat Ukur juga tidak menghalang untuk lot ini dibuka semula jika

Pesuruhjaya berpuashati melalui siasatan bahawa tanah ini masih wujud dan digunakan.

4.

Tuan tanah asal pegangan ini mengikut 882/180 ialah Yahaya bin Yacob. Oleh yang demikian saya membuat keputusan seperti berikut:

(a)

Batalkan minit Timbalan Pengarah Hakmilik Geran Tanah, Pulau Pinang bertarikh 30-12-1985.

(b)

Bukakan balik folio untuk tanah pegangan 1602 Mukim 6, Seberang Perai

Utara (Lot lama 65(2)).

(c)

Daftarkan nama Yahaya bin Yacob—Kesemua bahagian.

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meterai pada 13 Februari 2004.

[PHMT/A/3/C/DSPU/26603.]

WAN RUHANI BINTI WAN DAUD,

Timbalan Pengarah Hakmilik Geran Tanah,

Pulau Pinang

AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960

(Akta 486)