Skip to content
State Subsidiary LegislationIn force

Jadual II

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Jadual II is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 9, currently marked in force.

Front matterCover and publication detailsOpen

JADUAL II

(Peraturan 6)

KEPUTUSAN/PERINTAH PESURUHJAYA

Negeri Pulau Pinang, Seberang Perai Utara

Kepada: Sesiapa jua yang berkenaan.

No. Siasatan: 5/2000

Siasatan di bawah seksyen 84 terhadap pegangan No. 819 Mukim 16, Seberang Perai

Utara.

Pendapat:

Saya berpendapat seperti berikut—

(i)

Hakmilik tanah pegangan ini menjadi tidak terang kerana pejabat ini tidak boleh menentukan tuan tanah yang sebenar bagi tanah pegangan ini;

WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

7 4 Jan. 2001]

(ii)

Setelah siasatan dibuat, didapati bahawa tanah ini telah diperintah oleh

Arshad bin Man sejak dari sebelum Jepun lagi hinggalah ke tarikh kematiannya pada tahun 1990. Semasa pemerintahan beliau, beliau juga telah dibantu oleh anak beliau Yam @ Mariam binti Arshad;

(iii)

Segala hasil-hasil tanah dibayar kepada Kerajaan;

(iv)

Oleh kerana Yam @ Mariam binti Arshad telah sama-sama memerintah tanah ini dengan bapanya dan setelah kematian bapa beliau pemerintahan tanah ini telah diteruskan sehingga ke hari ini tanpa gangguan sesiapapun dan telah meliputi 12 tahun sebelum 1-1-66. Waris-waris yang ada bersetuju tanah ini didaftarkan di atas nama Yam @ Mariam binti Arshad.

2.

Oleh yang demikian saya memberi keputusan seperti berikut—

(i)

Batalkan catatan hakmilik tak terang;

(ii)

Daftarkan nama Yam @ Mariam binti Arshad—kesemua bahagian;

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meterai pada 14 Disember 2000.

[PHMT/A/3/C/DSPU/26202(1).]

WAN RUHANI BINTI WAN DAUD,

Timbalan Pengarah Hakmilik Geran Tanah,

Pulau Pinang

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.