Malaysia legislation
Section 4
of KAEDAH-KAEDAH BURUH (LESEN UNTUK MENGGAJI PEKERJA BUKAN PEMASTAUTIN) (SARAWAK) 2026
Seksyen 4
(1)
Apabila suatu lesen dikeluarkan, pemegang lesen hendaklah memastikan—
4
(a)
bahawa pekerja bukan pemastautin itu diambil kerja—
(i)
dalam jawatan sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen;
dan
(ii)
di alamat tempat pekerjaan sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen;
(b)
bahawa pekerja bukan pemastautin itu tidak diambil bekerja oleh mana-mana orang lain selain pemegang lesen;
(c)
bahawa dalam hal keadaan kerja telah disiapkan di tempat pekerjaan yang dinyatakan dalam lesen atau mana-mana tempat pekerjaan yang dibenarkan oleh
Pengarah setelah mempertimbangkan permohonan untuk mengubah butiran pekerjaan, Pengarah hendaklah dimaklumkan mengenai status kontrak perkhidmatan pekerja bukan pemastautin yang terlibat dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh kerja disiapkan;
(d)
bahawa dalam hal penghantaran pulang seseorang pekerja bukan pemastautin itu ke negara atau Negeri asal, dokumen-dokumen yang berikut hendaklah dikemukakan kepada Pengarah dalam tempoh empat belas hari sebelum penghantaran pulang:
(i)
satu salinan Memo Periksa Keluar (MPK), jika ada;
(ii)
apa-apa dokumen berkaitan daripada Jabatan Imigresen
Malaysia;
(iii)
apa-apa dokumen perjalanan termasuk dokumen penerbangan; atau 5
(iv)
apa-apa dokumen lain yang dikehendaki oleh Pengarah dari semasa ke semasa;
(e)
bahawa tempoh lesen yang dinyatakan dalam lesen itu belum habis tempoh;
(f)
bahawa dalam hal keadaan pemegang lesen itu berhasrat untuk terus menggaji seorang pekerja bukan pemastautin yang lesennya akan habis tempoh, pemegang lesen itu bolehlah membuat permohonan untuk menggaji pekerja bukan pemastautin di bawah kaedah 3, dalam tempoh enam puluh hari sebelum habis tempoh lesen itu;
(g)
bahawa dalam hal keadaan terdapat apa-apa perubahan kepada maklumat dalam lesen, pemegang lesen itu hendaklah membuat permohonan bertulis untuk meminda maklumat itu dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pengeluaran lesen kepada Pengarah;
(h)
bahawa dalam hal keadaan pekerja bukan pemastautin itu tidak dapat memasuki Sarawak atas apa jua sebab selepas suatu permohonan untuk mendapatkan lesen di bawah Kaedah-Kaedah ini diluluskan, pemegang lesen itu hendaklah memaklumkan
Pengarah secara bertulis dalam tempoh enam bulan selepas pengeluaran lesen itu;
(i)
bahawa lesen yang dikeluarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah disediakan untuk pemeriksaan oleh
Pengarah sebagaimana dan apabila dikehendaki; dan
(j)
bahawa dalam hal keadaan lesen itu hilang, rosak atau tercemar, pemegang lesen itu hendaklah serta-merta memohon kepada
Pengarah bagi suatu salinan baharu lesen itu.
6