Malaysia legislation

Section 8

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPAT) (KELENGKAPAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI) 2014

Seksyen 8

Jika seseorang menjual, memindahkan, memindahkan hakmilik, menyerahhakkan atau memberikan hakmilik sesuatu kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi dengan atau tanpa balasan pada bila-bila masa dalam masa dua tahun dari tarikh pembelian kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi itu, elaun yang disebut dalam kaedah 5 dan 6 berkenaan dengan kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi itu hendaklah ditarik balik dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang orang itu menjual, memindahkan, memindahkan hakmilik, menyerahhakkan atau memberikan hakmilik kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi itu dengan atau tanpa balasan.

P.U. (A) 217 5

Section 8 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPAT) (KELENGKAPAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI) 2014