Skip to content

Seksyen 4

Peruntukan menyifatkan berhubung dengan perjanjian sewa beli

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Elaun Modal Dipercepat) (Kelengkapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi) 2014

P.U. (A)In forceProvision 4 of 8
Seksyen 4

Jika orang yang disebut dalam kaedah 3 melakukan perbelanjaan modal di bawah suatu perjanjian sewa beli bagi pembelian apa-apa kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi bagi maksud perniagaan orang itu―

(a)

orang itu hendaklah dikira sebagai tuan punya kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi itu; dan

(b)

perbelanjaan modal yang dilakukan oleh orang itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hendaklah dikira sebagai bahagian modal daripada apa-apa bayaran ansuran atau, jika terdapat lebih daripada satu bayaran, daripada agregat bayaran yang dibuat oleh orang itu di bawah perjanjian sewa beli itu dalam tempoh asas itu.