Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“individu yang diluluskan”
ertinya seorang individu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 4;
P.U. (A) 151 3
“Program Kepulangan Pakar” ertinya suatu program yang diuruskan oleh Talent
Corporation Malaysia Berhad dan diluluskan oleh Kerajaan;
“tahun taksiran yang ditentukan” ertinya—
(a)
lima tahun taksiran yang berturut-turut bermula dari tempoh asas bagi suatu tahun taksiran suatu pilihan dibuat oleh seorang individu yang diluluskan untuk tertakluk kepada cukai di bawah Bahagian XV Jadual 1
Akta; dan
(b)
pilihan itu hendaklah dibuat dalam tahun taksiran atau tahun taksiran yang berikutnya yang mana individu yang diluluskan itu pulang ke
Malaysia;
“Talent Corporation Malaysia Berhad” ertinya suatu syarikat berhad menurut jaminan—
(a)
yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dengan nombor pendaftarannya 919577-H dan bermastautin di Malaysia; dan
(b)
yang mempromosi dan memudahkan kepulangan mana-mana warganegara Malaysia yang bekerja sebagai seorang profesional di luar negara dan mewujudkan tenaga kerja pakar yang boleh dikekalkan di
Malaysia di bawah Program Kepulangan Pakar.
Individu yang diluluskan