Skip to content

Seksyen 4

Dalam Kaedah-Kaedah ini, seorang individu yang diluluskan ialah individu yang—

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Penentuan Individu yang Diluluskan dan Tahun Taksiran yang Ditentukan di Bawah Program Kepulangan Pakar) 2012

P.U. (A)In forceProvision 4 of 6
Seksyen 4

(a)

merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;

P.U. (A) 151 4

(b)

telah membuat suatu permohonan di bawah Program Kepulangan Pakar dan permohonan itu telah diluluskan oleh Menteri untuk tertakluk kepada cukai di bawah Bahagian XV Jadual 1 Akta dan permohonan itu telah dibuat pada atau selepas 12 April 2011 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020;

(c)

merupakan seorang pakar dalam bidang yang ditentukan oleh Menteri;

(d)

tidak pernah memperoleh apa-apa pendapatan penggajian di Malaysia sekurang-kurangnya bagi tempoh berturut-turut selama tiga puluh enam bulan sebelum tarikh permohonan yang dibuat di bawah perenggan (b);

dan

(e)

tidak pernah diluluskan di bawah Kaedah-Kaedah ini.