Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Dalam Kaedah-Kaedah ini, seorang individu yang diluluskan ialah individu yang—
(a)
merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
P.U. (A) 151 4
(b)
telah membuat suatu permohonan di bawah Program Kepulangan Pakar dan permohonan itu telah diluluskan oleh Menteri untuk tertakluk kepada cukai di bawah Bahagian XV Jadual 1 Akta dan permohonan itu telah dibuat pada atau selepas 12 April 2011 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020;
(c)
merupakan seorang pakar dalam bidang yang ditentukan oleh Menteri;
(d)
tidak pernah memperoleh apa-apa pendapatan penggajian di Malaysia sekurang-kurangnya bagi tempoh berturut-turut selama tiga puluh enam bulan sebelum tarikh permohonan yang dibuat di bawah perenggan (b);
dan
(e)
tidak pernah diluluskan di bawah Kaedah-Kaedah ini.
Pendapatan yang boleh dikenakan cukai