Malaysia legislation

Section 5

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PENENTUAN INDIVIDU YANG DILULUSKAN DAN TAHUN TAKSIRAN YANG DITENTUKAN DI BAWAH PROGRAM KEPULANGAN PAKAR) 2012

Seksyen 5

(1)

Jika seorang individu yang diluluskan itu mempunyai pendapatan berkaitan dengan penggajian dengan mana-mana orang yang bermastautin di Malaysia dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran semasa tahun taksiran yang ditentukan, pendapatan yang boleh dikenakan cukai bagi individu yang diluluskan itu yang tertakluk kepada cukai di bawah Bahagian XV Jadual 1 Akta hendaklah ditentukan menurut formula yang berikut:

A x C

B apabila

A ialah pendapatan berkanun daripada penggajian dengan orang yang bermastautin di Malaysia dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran semasa tahun taksiran yang ditentukan;

B ialah pendapatan agregat dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran semasa tahun taksiran yang ditentukan; dan

P.U. (A) 151 5

C ialah pendapatan yang boleh dikenakan cukai dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran semasa tahun taksiran yang ditentukan:

Dengan syarat bahawa dalam hal taksiran bersama di bawah subseksyen 45(2) Akta, pendapatan agregat daripada semua punca hendaklah termasuk pendapatan daripada isteri atau suami, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Jika pendapatan yang boleh dikenakan cukai daripada penggajian individu yang diluluskan itu telah ditentukan di bawah subkaedah (1), apa-apa lebihan pendapatan yang boleh dikenakan cukai bagi individu yang diluluskan itu yang tertakluk kepada cukai hendaklah dikenakan cukai pendapatan bagi tahun taksiran itu di bawah Bahagian 1 Jadual 1 Akta pada kadar yang sepatutnya terpakai bagi pendapatannya yang boleh dikenakan cukai jika individu itu tidak diluluskan sebagai individu yang diluluskan di bawah Kaedah-Kaedah ini.

Ketidakpakaian

Section 5 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PENENTUAN INDIVIDU YANG DILULUSKAN DAN TAHUN TAKSIRAN YANG DITENTUKAN DI BAWAH PROGRAM KEPULANGAN PAKAR) 2012