Skip to content

Seksyen 4

Orang yang layak di bawah Kaedah-Kaedah ini ialah seorang individu—

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Penentuan Pekerja Berpengetahuan dan Aktiviti yang Layak dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur) 2023

P.U. (A)In forceProvision 4 of 7
Seksyen 4

(a)

yang merupakan seorang warganegara Malaysia atau warganegara asing;

(b)

yang merupakan pekerja berpengetahuan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 6;

(c)

yang tidak pernah memperoleh apa-apa pendapatan berkenaan dengan penggajian dengan suatu syarikat yang ditetapkan dalam Wilayah Ekonomi

Pantai Timur untuk sekurang-kurangnya dua tahun atau suatu tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri sebelum tarikh permohonan yang disebut dalam kaedah 3;

(d)

yang digaji dalam suatu aktiviti yang layak oleh suatu syarikat yang ditetapkan;

(e)

yang penggajiannya bermula pada atau selepas 1 Januari 2022 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2024; dan

(f)

yang tinggal dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

P.U. (A) 330 4