Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Jika orang yang layak yang bermastautin di Malaysia itu mempunyai pendapatan berkenaan dengan penggajian dengan suatu syarikat yang ditetapkan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, pendapatan yang boleh dikenakan cukai bagi orang yang layak itu yang tertakluk kepada cukai di bawah Bahagian XIV Jadual 1
kepada Akta hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
A
B x
C iaitu
A ialah pendapatan berkanun daripada penggajian dengan syarikat yang ditetapkan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu;
B ialah pendapatan agregat dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu;
C ialah pendapatan yang boleh dikenakan cukai dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu yang tertakluk kepada cukai sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 Bahagian I dan Bahagian XIV Jadual 1
kepada Akta.
P.U. (A) 330 6
(2)
Jika orang yang layak yang tidak bermastautin di Malaysia mempunyai pendapatan berkenaan dengan penggajian dengan suatu syarikat yang ditetapkan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, pendapatan yang boleh dikenakan cukai bagi orang yang layak itu yang tertakluk kepada cukai di bawah Bahagian XIV Jadual 1
kepada Akta hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
(3)
Dalam hal taksiran bersama di bawah subseksyen 45(2) Akta, pendapatan agregat yang disebut dalam subkaedah (1) atau (2) hendaklah termasuk pendapatan daripada isteri atau suami, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4)
Jika pendapatan yang boleh dikenakan cukai daripada penggajian orang yang layak itu telah ditentukan di bawah subkaedah (1) atau (2), apa-apa lebihan daripada pendapatan yang boleh dikenakan cukai bagi orang yang layak itu yang tertakluk kepada cukai hendaklah dikenakan cukai pendapatan bagi suatu tahun taksiran pada kadar yang sepatutnya terpakai bagi pendapatannya yang boleh dikenakan cukai jika orang itu tidak diluluskan sebagai orang yang layak di bawah Kaedah-Kaedah ini menurut—
A
B x
C iaitu
A ialah pendapatan berkanun daripada penggajian dengan syarikat yang ditetapkan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu;
B ialah pendapatan agregat dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu;
C ialah pendapatan yang boleh dikenakan cukai dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu yang tertakluk kepada cukai sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1A Bahagian I dan Bahagian XIV Jadual 1
kepada Akta.
P.U. (A) 330 7
(a)
perenggan 1 Bahagian I Jadual 1 kepada Akta berhubung dengan orang yang layak yang bermastautin di Malaysia; atau
(b)
perenggan 1A Bahagian I Jadual 1 kepada Akta berhubung dengan orang yang layak yang tidak bermastautin di Malaysia.
Dibuat 23 Oktober 2023
[MOF.TAX(S)700-2/1/234/1; LHDN.AY.A.600-12/1(29)-192; PN(PU2)80/JLD.110]
ANWAR BIN IBRAHIM
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 154(2)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 330 8
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DETERMINATION OF KNOWLEDGE WORKER AND QUALIFYING
ACTIVITY IN THE EAST COAST ECONOMIC REGION) RULES 2023