Malaysia legislation
Section 19
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN HARGA AWAL) 2023
Seksyen 19
(1)
Ketua Pengarah atau Pihak Berkuasa Berwibawa, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memansuhkan suatu perkiraan harga awal sekiranya—
(a)
mana-mana orang dalam transaksi yang diliputi berkenaan dengan perkiraan itu—
(i)
membuat apa-apa salah nyataan, fraud, peninggalan atau membuat pernyataan palsu atau mengelirukan dalam permohonan, laporan atau pengemukaan pembaharuan perkiraan harga awal; atau
(ii)
gagal untuk mendedahkan berlakunya sebarang pendedahan sukarela, siasatan, audit atau kelulusan insentif; atau 16
(b)
perkiraan harga awal dua hala atau perkiraan harga awal pelbagai hala dengan Pihak Berkuasa Berwibawa lain yang menyertai telah dimansuhkan.
(2)
Ketua Pengarah atau Pihak Berkuasa Berwibawa hendaklah memberitahu pembayar cukai atau Pihak Berkuasa Berwibawa yang lain tentang pemansuhan itu secara bertulis dan alasan bagi pemansuhan itu.
(3)
Pemansuhan itu hendaklah berkuat kuasa dari hari pertama tempoh asas pertama bagi tahun taksiran tempoh yang diliputi.
Pembaharuan perkiraan harga awal