Skip to content

Seksyen 17

Semakan perkiraan harga awal

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Perkiraan Harga Awal) 2023

P.U. (A)In forceProvision 17 of 24
Seksyen 17

Ketua Pengarah boleh menyemak suatu perkiraan harga awal di bawah mana-mana hal keadaan yang berikut:

(a)

kegagalan pembayar cukai untuk memenuhi andaian kritikal sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkiraan itu; atau

(b)

terdapat perubahan kepada undang-undang atau perkiraan yang dibuat di bawah seksyen 132 Akta yang memberi kesan kepada perkiraan harga awal.