Malaysia legislation
Section 20
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN HARGA AWAL) 2023
Seksyen 20
(1)
Pembayar cukai boleh meminta Ketua Pengarah atau Pihak Berkuasa
Berwibawa untuk memperbaharui suatu perkiraan harga awal tidak lewat dari enam bulan sebelum tamatnya perkiraan itu dengan mengemukakan dokumen sokongan yang sesuai sebagaimana yang dikehendaki bagi permintaan dan permohonan perkiraan itu.
(2)
Perkiraan harga awal boleh diperbaharui di bawah terma dan syarat yang serupa jika—
(a)
tiada perubahan dalam fakta dan hal keadaan yang menjadi dasar perkiraan harga awal;
(b)
andaian kritikal yang dikenal pasti oleh pembayar cukai di bawah kaedah 9 masih sah dan berkaitan; dan
(c)
pembayar cukai telah mematuhi terma dan syarat perkiraan harga awal terdahulu.
(3)
Ketua Pengarah atau Pihak Berkuasa Berwibawa hendaklah memberitahu pembayar cukai tentang keputusannya berkenaan dengan permintaan itu secara bertulis dan alasan bagi keputusan itu.
17
(4)
Tertakluk kepada subkaedah (3), pembayar cukai boleh menyerahkan kepada Ketua Pengarah suatu permohonan untuk memperbaharui perkiraan harga awal dalam borang di bawah subseksyen 138C(2) dan seksyen 152 Akta dalam tempoh dua bulan selepas menerima keputusan bertulis Ketua Pengarah.
(5)
Permohonan yang dinyatakan di bawah subkaedah (4) hendaklah dianggap telah ditarik balik oleh pembayar cukai sekiranya permohonan itu tidak diserahkan dalam tempoh dua bulan yang dinyatakan itu dan jika pembayar cukai berniat untuk meneruskan permohonan tersebut, pembayar cukai hendaklah memasukkan permintaan baharu melalui subkaedah (6).
(6)
Pembayar cukai boleh memfailkan suatu permintaan baharu bagi perkiraan harga awal jika—
(a)
transaksi yang diliputi telah berubah;
(b)
terdapat perubahan yang material dan dijangka berlaku dalam fakta dan hal keadaan transaksi yang diliputi; atau
(c)
metodologi harga pindahan yang berbeza dicadangkan.
Kerahsiaan maklumat