Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN PENENTUAN HARGA AWAL) 2012

Seksyen 4

(1)

Pembayar cukai hendaklah membuat suatu permintaan secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk mengadakan suatu mesyuarat prapemfailan berkenaan dengan suatu perkiraan penentuan harga awal dua belas bulan sebelum hari pertama tempoh yang diliputi yang dicadangkan.

(2)

Bagi maksud subkaedah (1), pembayar cukai hendaklah mengemukakan bersama dengan permintaan itu, suatu draf rangka mengenai perkara itu kepada Ketua

Pengarah yang hendaklah terdiri daripada—

5

(a)

model perniagaan dan maklumat industri pembayar cukai itu;

(b)

skop transaksi dan tempoh yang akan diliputi; dan

(c)

metodologi penentuan harga pindahan yang dicadangkan dan suatu penjelasan sama ada metodologi itu mematuhi prinsip selengan.

(3)

Setelah menerima draf rangka mengenai perkara itu daripada pembayar cukai, Ketua Pengarah boleh menghendaki pembayar cukai untuk mengemukakan apa-apa maklumat lain yang berhubungan dengan permintaan untuk mengadakan suatu mesyuarat prapemfailan.

(4)

Ketua Pengarah hendaklah memberitahu pembayar cukai dalam tempoh empat belas hari selepas mesyuarat prapemfailan itu tentang keputusannya sama ada pembayar cukai boleh meneruskan untuk mengemukakan suatu permohonan untuk perkiraan penentuan harga awal.

Pengemukaan permohonan untuk perkiraan

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN PENENTUAN HARGA AWAL) 2012