Skip to content

Seksyen 3

Skop dan pemakaian

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Perkiraan Penentuan Harga Awal) 2012

P.U. (A)In forceProvision 3 of 22
Seksyen 3

(1)

Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini, pembayar cukai yang menjalankan transaksi rentas sempadan boleh memohon kepada Ketua Pengarah untuk suatu perkiraan penentuan harga awal berhubung dengan suatu transaksi yang diliputi bagi terma dan syarat yang ditetapkan.

(2)

Bagi maksud subkaedah (1), harga pindahan selengan berkenaan dengan perkiraan penentuan harga awal hendaklah dipastikan mengikut Seksyen 140A Akta,

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Penentuan Harga Pindahan) 2012 dan perkiraan yang dibuat di bawah seksyen 132 Akta.