Seksyen 5
Pengemukaan permohonan untuk perkiraan
of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Perkiraan Penentuan Harga Awal) 2012
P.U. (A)In forceProvision 5 of 22
Seksyen 5
(1)
Tertakluk kepada subkaedah 4(4), pembayar cukai boleh mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu permohonan untuk Perkiraan Penentuan Harga Awal
Sehala, Perkiraan Penentuan Harga Awal Dua Hala atau Perkiraan Penentuan Harga
Awal Pelbagai Hala dalam borang yang ditetapkan dalam tempoh dua bulan selepas penerimaan pemberitahuan itu.
(2)
Apabila permohonan diterima,
Ketua
Pengarah hendaklah mempertimbangkan permohonan itu dan boleh mencadangkan suatu metodologi alternatif, atau mengehadkan atau meluaskan skop perkiraan penentuan harga awal yang dicadangkan.