Malaysia legislation

Section 6

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN PENENTUAN HARGA AWAL) 2012

Seksyen 6

(1)

Ketua Pengarah boleh menolak suatu permohonan untuk perkiraan penentuan harga awal di bawah apa-apa hal keadaan yang berikut:

6

(a)

kegagalan untuk mematuhi kehendak di bawah Kaedah-Kaedah

Cukai Pendapatan (Penentuan Harga Pindahan) 2012 dan Garis

Panduan Penentuan Harga Pindahan Malaysia yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah;

(b)

jika transaksi yang diliputi yang dicadangkan adalah berdasarkan keadaan yang diandaikan atau tidak difikirkan secara serius;

(c)

jika ia kelihatan seperti suatu penggunaan sumber yang tidak efisien untuk meneruskan perkiraan penentuan harga awal jika transaksi yang dicadangkan adalah terhad dari segi jenis dan nilai, atau prinsip selengan ke atas transaksi yang dicadangkan itu boleh digunakan dengan pasti tanpa keraguan material;

(d)

jika perkara yang mengenainya perkiraan penentuan harga awal itu dipohon adalah tertakluk kepada suatu rayuan di bawah seksyen 99 Akta; atau

(e)

jika transaksi yang diliputi yang dicadangkan melibatkan suatu skim pengelakan cukai.

(2)

Jika permohonan perkiraan penentuan harga awal itu ditolak, Ketua

Pengarah hendaklah memberitahu pembayar cukai secara bertulis tentang keputusan untuk menolak permohonan itu dan alasan permohonan itu ditolak.

(3)

Pembayar cukai boleh, dalam tempoh tiga puluh hari daripada penerimaan keputusan di bawah subkaedah (2), membuat suatu representasi kepada

Ketua Pengarah untuk mengkaji semula permohonan pembayar cukai dan keputusan

Ketua Pengarah ke atas representasi itu adalah muktamad.

7

Penarikan balik permohonan perkiraan penentuan harga awal

Section 6 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN PENENTUAN HARGA AWAL) 2012