Malaysia legislation

Section 11

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT UNTUK MENINGKATKAN PEMATUHAN CUKAI ANTARABANGSA DAN MELAKSANAKAN FOREIGN ACCOUNT TAX COMPLIANCE ACT) 2022

Seksyen 11

(1)

Tiap-tiap Institusi Kewangan Pelapor Malaysia hendaklah menyimpan dan mengekalkan dalam jagaan selamat rekod yang diperoleh atau diwujudkan oleh

Institusi Kewangan Pelapor Malaysia itu bagi maksud mematuhi Kaedah-Kaedah ini, termasuklah perakuan kendiri dan rekod bukti berdokumen.

(2)

Bagi maksud kaedah ini, tiap-tiap Institusi Kewangan Pelapor Malaysia yang dikehendaki oleh Kaedah-Kaedah ini untuk menyimpan dan menahan rekod dalam jagaan selamat hendaklah—

(a)

sekiranya dipelihara dalam format elektronik, hendaklah boleh dibaca bagi tempoh tahanan yang disebut dalam subkaedah (3); dan

(b)

atas permintaan Ketua Pengarah, menyediakan terjemahan bahasa Inggeris, jika Institusi Kewangan Pelapor Malaysia itu memperoleh atau mewujudkan rekod dalam bahasa selain bahasa Inggeris.

(3)

Tiap-tiap Institusi Kewangan Pelapor Malaysia hendaklah menahan rekod itu bagi suatu tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun selepas—

(a)

dalam hal perakuan kendiri, hari terakhir Akaun Kewangan yang berkaitan dibuka; dan

(b)

dalam mana-mana hal lain, hujung tahun kalendar yang terakhir rekod yang berkaitan.

Penyedia perkhidmatan