Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Ketua Pengarah boleh, tanpa menjejaskan kesahannya dalam apa-apa keadaan lain bagi apa-apa maksud lain, mengetepikan atau mengubah perkiraan atau amalan itu dan membuat pelarasan yang difikirkannya patut dengan tujuan untuk mengurangkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada kesan langsung atau tidak langsung perkiraan atau amalan itu sekiranya Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk percaya bahawa mana-mana orang telah membuat apa-apa perkiraan atau terlibat dalam suatu amalan yang mempunyai kesan langsung atau tidak langsung yang—
(a)
melepaskan mana-mana orang daripada liabiliti yang timbul atau sepatutnya timbul untuk mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu penyata;
(b)
menyebabkan mana-mana orang melarikan diri atau mengelak daripada apa-apa kewajipan yang dikenakan atau sepatutnya dikenakan di bawah
Kaedah-Kaedah ini; atau
P.U. (A) 279 12
(c)
menghalang atau mencegah pelaksanaan Kaedah-Kaedah ini dalam apa-apa jua cara.
Dibuat 24 Ogos 2022
[MOF.TAX (S)700-2/1/147; PN(PU2)80/JLD. 107]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 279 13
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (AUTOMATIC EXCHANGE OF FINANCIAL ACCOUNT INFORMATION
BETWEEN THE GOVERNMENT OF MALAYSIA AND THE GOVERNMENT OF THE
UNITED STATES OF AMERICA TO IMPROVE INTERNATIONAL TAX COMPLIANCE AND
TO IMPLEMENT THE FOREIGN ACCOUNT TAX COMPLIANCE ACT) RULES 2022