Malaysia legislation

Section 12

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT UNTUK MENINGKATKAN PEMATUHAN CUKAI ANTARABANGSA DAN MELAKSANAKAN FOREIGN ACCOUNT TAX COMPLIANCE ACT) 2022

Seksyen 12

(1)

Suatu Institusi Kewangan Pelapor Malaysia boleh melantik pihak ketiga sebagai ejennya untuk menjalankan kewajipan yang dikenakan terhadapnya di bawah

Kaedah-Kaedah ini.

P.U. (A) 279 10

(2)

Jika pihak ketiga dilantik oleh suatu Institusi Kewangan Pelapor Malaysia mengikut subkaedah (1), Institusi Kewangan Pelapor Malaysia itu hendaklah—

(a)

pada setiap masa, mempunyai akses kepada dan boleh mengemukakan, jika diminta oleh Ketua Pengarah untuk berbuat demikian, rekod dan bukti berdokumen yang digunakan untuk mengenal pasti dan melaporkan Akaun Kena Lapor A.S.; dan

(b)

bertanggungjawab ke atas apa-apa kegagalan pihak ketiga itu untuk menjalankan kewajipan Institusi Kewangan Pelapor Malaysia itu dan kaedah 13 dan 14 hendaklah terpakai bagi Institusi Kewangan

Pelapor Malaysia itu walaupun—

(i)

tindakan itu adalah tindakan pihak ketiga itu; atau

(ii)

kegagalan untuk bertindak adalah kegagalan oleh pihak ketiga itu untuk bertindak.

Kuasa Ketua Pengarah